Sebuah rakaman video memaparkan pergaduhan antara dua lelaki di dalam masjid mula tular di media sosial sejak semalam.
Pergaduhan yang dirakam selama hampir tiga minit itu dipercayai berlaku sejurus seorang pemuda berbaju merah meluru masuk ke ruang solat di dalam masjid dan menyerang seorang lelaki berjubah putih yang sedang beribadah.
Lihat video dibawah :
Keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki berbaju merah itu memaki hamun dan mengamuk dengan membaling kerusi ke arah lelaki berjubah itu.
Lelaki berjubah itu turut ditumbuk hingga tersungkur ke lantai namun keadaan berjaya ditenangkan oleh seorang rakan jemaah yang turut berada didalam masjid.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar lelaki berjubah itu diserang, namun rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berbaju merah itu kerana tidak menghormati "rumah Allah". - CARI
kes lama ni, tahun lepas...tak silap kat masjid Rapat setia Ipoh. nak salah kan baju merah tu mmg salah la pasai mengila dlm masjid.. tapi dikatanye pak lobai jubah tu mmg buat masjid tu mcm dia punya...jadi datang la ketidakpuasan hati jemaah..kate penduduk situ la. kebenarannya wallahualam....
Post time 6-2-2017 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pa lagi pelupohla bdk baju merah tu krn meeusuh dlm masjid. Nak settle buatla kt luar. Nnti kna cash trus kelupok keras kejong koma seumur hidup ha nk tnjkn genter