CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7187|Reply: 56

[Jenayah] diupah RM400 jayakan ‘rancangan realiti’ rupanya membunuh!

[Copy link]
Post time 25-2-2017 01:11 PM | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA 25 Feb. - Suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aishah mendakwa menerima bayaran sebanyak RM400 untuk terlibat dalam satu ‘rancangan berbentuk realiti’.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, bagaimanapun Siti Aishah memaklumkan kepada pihaknya dia tidak menyedari bahawa rancangan berbentuk realiti itu merupakan satu plot pembunuhan terancang.
“Siti Aishah juga memberitahu kami dia tidak mengenali seorang lagi suspek warga Vietnam yang turut terlibat dalam plot pembunuhan itu.
“Dia mendakwa diberikan satu botol cecair seperti minyak untuk melaksanakan tugas tersebut oleh seorang lelaki asing yang hanya dikenali sebagai James,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan Siti Aishah di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Andreano berkata, ketika pertemuan itu, Siti Aishah meminta supaya keluarganya di Indonesia tidak bimbang mengenai tahap keselamatannya.
Pada masa sama, katanya, tahap kesihatan Siti Aishah juga berada dalam keadaan baik namun, perlu rawatan lanjut untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Jong-nam yang juga merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh dengan menggunakan bahan kimia agen saraf VX.
Katanya, salah seorang suspek turut mengalami muntah-muntah akibat kesan sampingan bahan kimia itu yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997. - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
see.dah cakap. oramg melayu candu hiburan. asal bab hiburan mmg.melayu champion.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 01:28 PM | Show all posts
Terpengaruh dengan running manlah tu .. kan da bawa malang. Tak padan rm400 utk bunuh nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 01:32 PM | Show all posts
upahnya kedekut btl.. lepas ni kalau ada mana2 pihak approach korang utk  bt prank sila blah k. xpasal2 jadi pembunuh plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung la siap tahap kesihatan kena pantau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 01:43 PM | Show all posts
400 je upah untuk bunuh orang? tak berbaloi betul..lari pun tak Sempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu upah buat prank rm400, baru tak timbul syak...kalo upah 20k...tak ka org syak...bodo la ko orang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 02:24 PM | Show all posts
kojak replied at 25-2-2017 01:54 PM
Betul la tu upah buat prank rm400, baru tak timbul syak...kalo upah 20k...tak ka org syak...bodo la  ...

cerdik kan korea utara keldaikan orang dengan prank show..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari role prank orang, terus pegang watak utama jadi pembunuh. Upgrade terus. Real life drama pulak tu. Memang murah rezeki uols, aishah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 02:37 PM | Show all posts
dia ingt reality show ala2  running man dari korea selatan
rupanya horror show killing man dari korea setan

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah... indon... kencing.. prank konon. Merepot la kau kt dalam sana !
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 03:41 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 25-2-2017 02:37 PM
dia ingt reality show ala2  running man dari korea selatan
rupanya horror show killing man dari kor ...

wow.... it rhymes.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 04:23 PM | Show all posts
tak tgk tv agaknye,
manala tv malaysia buat gag cmni lagi..

mau kene belasah berjemaah klu sentuh orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 25-2-2017 01:16 PM
see.dah cakap. oramg melayu candu hiburan. asal bab hiburan mmg.melayu champion.

Bukan melayu. Aishah tu indon  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
naz1641 replied at 25-2-2017 08:27 AM
Bukan melayu. Aishah tu indon

dia ada dna melayu kan? kalau ko kata melayu patani ini lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 04:43 PM | Show all posts
tipu penipu semua kena tipu. dorang ni professional laaa mmg susah nak cekup punye. dia punye nipu tu biar pecah diperut jgn pecah dimulut. Well trained
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 25-2-2017 04:30 PM
dia ada dna melayu kan? kalau ko kata melayu patani ini lain.

Ko ada bukti dna dia? Setahu aku dia warganegara indon
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum prank tu pun haram. Kalau ada ummah islam yg gigih juga nak berprank bagai semoga mendapat lah apa2 yg patut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi ngan bf melayu dia tu? Masih kena reman lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 05:45 PM | Show all posts
aku tengok cctv.
nampak macam tangkas jer pompuan yg serkup kepala mamat tu.
takde macam prank pun. nampak professional ada.
tapi aku tak perasan sapa yg serkup, yg vietnam or indon ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.447702 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list