CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8430|Reply: 53

[Jenayah] Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

  [Copy link]
Post time 28-1-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud



Melaka: Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata pemuda berusia 25 tahun itu tertarik dengan skim pelaburan tersebut selepas melihat iklan menerusi kumpulan Telegram Sahabat Invest Master Bina yang kononnya membuat pelaburan pertukaran mata wang asing pada 19 Januari lalu.

"Scammer menjanjikan hasil pelaburan yang tinggi iaitu melabur RM300 akan mendapat keuntungan RM5,000 dengan hasil pelaburan juga bergantung (kepada) berapa modal yang dibayar, serta hasil keuntungan pelaburan akan dibahagikan di antara pelabur dengan pihak syarikat iaitu pelabur 60 peratus dan syarikat 40 peratus.

"Pelabur juga dijanjikan akan mendapat keuntungan dalam masa tiga hingga enam jam," katanya dalam kenyataan malam ini.

Tertarik dengan pulangan diberikan, Ahmad Jamil berkata mangsa kemudiannya melabur sebanyak RM20,000 pada kali pertama diikuti sembilan lagi transaksi ke dalam enam pemilik akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM82,000 hasil simpanan sendiri dan bapanya.

Beliau berkata bagi mendapatkan wang hasil pelaburan tersebut, mangsa diminta melakukan transaksi namun penghantar makanan tersebut membuat laporan polis pada 8 malam semalam selepas berasa diperdayakan.

Justeru, Ahmad Jamil menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan mana-mana iklan pelaburan tidak sah dan mereka boleh membuat semakan menerusi laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule.

"Masyarakat juga boleh membuat semakan menerusi aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222, Facebook Rasmi JSJK, talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (997) dan aplikasi Whoscall dan Truecall yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing," katanya.

Disiarkan pada: Januari 28, 2024 @ 12:59am

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata tak belajar tinggi-tinggi, doktor che gu pun kena... nasib baik polis pun tak ikut kena.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 12:46 PM | Show all posts
Tak habis2 kena tipu pelaburan ni. Orang2 yg kena tipu ni semuanya jenis tamak dan nak kaya cepat tanpa usaha.  Itu yg aku nampak. Aku tak kesianpun dgn org2 gini. Sendiri bikin. Bukannya tak tahu ada tempat2 pelaburan yg legit. Berita org kena tipu pun sentiasa keluar berita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 01:22 PM | Show all posts
Allahuakbar!  Kesian....tapi.....
Seandainya mangsa letak di kwsp, kurang2 dpt 5% (rm4000++) yearly
Kalau takmau kwsp, letak je ASB, kurang2 dpt juga 5.25%
Tapi tu lah....bila kita cakap pasal ni, ada yang ckp ciput la...tak byk la...lebih baik sikit dan duit pokok ada, daripada dijanjikan bulan bintang yang akhirnya duit pokok pun hangus.  Nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu kena add dalam telegram scam begini. Biasa aku report pehtu delete ja. Nak maki takleh sebab setting admin ja boleh hantar mesej. Cibai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-1-2024 02:21 PM
Aku selalu kena add dalam telegram scam begini. Biasa aku report pehtu delete ja. Nak maki takleh se ...

Dalam group tu scammer akan bercakap sama sendiri sambil letak gambar duit. Orang yang tak berfikir panjang akan mudah ditipu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
byk duit penghantar makanan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-1-2024 07:22 AM
Dalam group tu scammer akan bercakap sama sendiri sambil letak gambar duit. Orang yang tak berfiki ...

Tu la sebab aiol nak maki supaya yang lain sadar tu scam ja. Benci betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2024 03:54 PM | Show all posts
banyak duit, ntah2 duit dia ada tu pun haram, haram kembali kepada haram agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 10:20 AM | Show all posts
Hari tu Abby Abadi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:45 PM | Show all posts
FlexyFox replied at 28-1-2024 12:46 PM
Tak habis2 kena tipu pelaburan ni. Orang2 yg kena tipu ni semuanya jenis tamak dan nak kaya cepat ta ...

Saya pun sudah terkena. Skrg dah serik join benda macam ini lagi biarpun rugi cuma ratusan RM aje..

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 9-5-2024 04:45 PM
Saya pun sudah terkena. Skrg dah serik join benda macam ini lagi biarpun rugi cuma ratusan RM aje. ...

ratusan rm je takpe lah simpan aje lah citer u tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit ko dek.. baru 25 tahun..

Group invest, advert online sume ni scam je. Iols delete block je. Nampak nau geng deols je yang komen sesama sendiri kat situ. Done dapat duit la hapa la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:40 AM | Show all posts
mizzmimi replied at 9-5-2024 05:01 PM
Banyaknya duit ko dek.. baru 25 tahun..

Group invest, advert online sume ni scam je. Iols delete bl ...

Boleh cuba buat resit pembayaran palsu tanpa bankin dah.. Yang ada PC/laptop yang ada Adobe Photoshop, boleh cuba edit..

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 9-5-2024 04:45 PM
Saya pun sudah terkena. Skrg dah serik join benda macam ini lagi biarpun rugi cuma ratusan RM aje. ...

Ni yg scam hang bg gambaq vugil tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 28-1-2024 12:09 PM
Nak kata tak belajar tinggi-tinggi, doktor che gu pun kena... nasib baik polis pun tak ikut kena.

Puhlis tak kena sbb tade duit.. sbb tu kena pow duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 09:45 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 10-5-2024 09:43 AM
Ni yg scam hang bg gambaq vugil tu ka?

Bukan.. Itu lain, ini lain, sama sekali berbeza..

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 10-5-2024 09:45 AM
Bukan.. Itu lain, ini lain, sama sekali berbeza..

Byk betui hang kena scam.. kalau bkn kena scam duit, kena scam bg gambaq vugil

Hang ni terlebey inesen kott..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Labur 300 dpt 5000 kauuu…
Org2 tamak kelabu mata lh padahal sezarah pn x logik..

Dh bg 80k dia expect dpt untung 2.8 juta ke??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
byknya duit adik ni utk umur begitu.
habis gitu je duit, scammer ni mmg hanat la tak pernah cukup scammed merata duit org.

tapiiiii kalau pelaburan camni mmg silap sendiri la, tamak nau nak kaya raya cepat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.443570 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list