View: 1736|Reply: 14
|
RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 Diluluskan, Syabas Buat Kerajaan Malaysia
[Copy link]
|
|
Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat semalam, setelah dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Memetik laporan Bernama, RUU yang diluluskan di peringkat dasar itu antara lain menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten bagi kes jenayah seksual.
Ia diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said kira-kira 6.15 petang ini.
Sebelum itu, ia dibahaskan antara kem kerajaan dan pembangkang dalam beberapa isu teknikal dalam RUU tersebut seperti umur, definisi mangsa, terma pornografi kanak-kanak, keterangan saksi dan kawasan kuasa pelaksanaan RUU itu.
RUU bertujuan melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual ini dicadang terpakai kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun, selaras Akta Kanak-Kanak 2001.
Azalina ketika sesi penggulungan berkata, RUU itu menaikkan status kanak-kanak untuk memberi keterangan tanpa sokongan walaupun undang-undang sedia ada ketika ini menyatakan sebaliknya.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak mahkamah masih mempunyai kuasa untuk memberi pertimbangan sama ada mereka (kanak-kanak) boleh memberikan keterangan.
“Tiada definisi umur berhemah kanak-kanak, tetapi mahkamah memutuskan usia mentah adalah antara umur 13 tahun ke bawah. Oleh itu umur kanak-kanak bijak adalah dalam lingkungan 14 sehingga 18 tahun, mereka ini boleh memberi keterangan secara bersumpah.”
“Bagi menentukan umur kanak-kanak, pihak pendakwa akan memohon Polis Diraja Malaysia untuk kanak-kanak terlibat menjalani ujian dan sekiranya disahkan kanak-kanak akta-akta sedia ada adalah terpakai.” - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Dato Rohani dan team beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Details of RUU tu boleh dapat kat mana...kalu tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
After 13 hours of perbahasan finally. Masak Azalina nak kena hurai satu demi satu fasal semalam. Baguslah org Malaysia dah semakin concern dgn isu pedo. |
|
|
|
|
|
|
|
U baca hansard je nanti. Ada huraian menteri. Tp kalau detail yg betul2 detail, I rasa akan release lepas dah jadi akta kot
|
|
|
|
|
|
|
|
So masyarakat semua mohon melapor kalau ada kes.. jgn diam2 malu |
|
|
|
|
|
|
|
orang pandai2 berbincang dalam parlimen, urang kurang pandai, berbincang berdebat dalam forum buat2 pandai. sebenarnya, bodoh nak mampos.
|
|
|
|
|
|
|
|
hapuskan pedo lava failmath.... |
|
|
|
|
|
|
|
so apa hukuman utk pedo dan child rapist? |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku pindaan yang paling utama adalah pindaan dalam hukum zina...berpuluh ribu dalam masa setahun lahirnya anak luar nikah/anak haram...selagi hukuman zina tidak di selaras dengan hukuman islam sampai bila2 isu besar ini tidak akan selesai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|