Rambut kusam tak bermaya? Segan berjanji temu kerana bimbang kelemumur menjadi perhatian? Apa kata cuba tiga tip mudah, tapi hebat ini!
Foto: Hair Transplant in Indore
1. Masker Aloe Vera Untuk Rambut Lembut Dan Sihat
Foto: David Wolfe
Aloe vera terkenal dengan khasiatnya yang mampu melawan dan mencegah beberapa penyakit. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini juga mampu membuat rambut anda cantik bersinar.
Bahan:
1 helai daun aloe vera
1 camca teh minyak badam
Cara:
1. Belah dua daun aloe vera dan cincang halus.
2. Campurkan dengan minyak badam.
3. Sapukan campuran pada rambut dan lindungi dengan 'shower hat'.
4. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
2. Masker Pisang Untuk Hapuskan Kelemumur
Foto: http://www.healthyfoodhouse.com
Pisang kaya dengan pelbagai khasiat, malah mampu menghapuskan kelemumur!
Bahan:
1 biji pisang segar
1 camca teh madu
Cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga menyerupai kentang lecek.
2. Sapukan pada rambut dan biarkan selama 20 minit supaya ramuan diserap rambut.
3. Bilas masker dengan air suam sehingga bersih.
3. Makser Aspirin Untuk Rambut Kuat Dan Bersinar
Foto: Carian Internet
Mungkin kedengaran dan kelihatan agak pelik, namun aspirin sebenarnya memiliki banyak kegunaan. Kandungan asid salisilik dalam aspirin baik untuk kesihatan rambut dan menjadikannya lebih bersinar.
Bahan:
3-4 biji tablet aspirin
Syampu (sukatan digunakan ketika mencuci rambut seperti biasa)
Cara:
1. Hancurkan 2 biji tablet aspirin dan campurkan dengan syampu anda.
2. Sapu dan gosok campuran pada kulit kepala dan biarkan selama beberapa minit.
3. Bilas dengan air suam.
4. Campur baki tablet dengan sedikit air suam untuk digosok pada kulit kepala.
5. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas sehingga bersih.
Lakukan kaedah ini sekali seminggu untuk dapatkan rambut lembut, sihat, kuat dan bersinar. Selamat mencuba! - CARI |