Hanya kerana duit, sesetengah manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga menggadai maruah.
Lebih mengejutkan lagi, sepasang suami isteri bukan muslim sanggup memeluk agama Islam untuk memperdaya pelanggannya bagi melabur dalam perniagaan skim dagangan mata wang asing (FOREX).
Memetik laporan MalaysiaGazette, pasangan berketurunan India yang dikenali sebagai Datuk G dan isterinya ‘berlakon’ memeluk agama Islam semata-mata mahu memujuk seorang lelaki Melayu berstatus haji melabur sebanyak RM20 juta ke syarikatnya.
Lihat video di bawah :
Seorang mangsa Amy Salmiah Dahlan yang mewakili kira-kira 22,000 orang mangsa penipuan Datuk G dan isteri mendedahkan pasangan itu sudah memeluk Islam tetapi masih beragama Hindu sekaligus tindakan itu sudah menghina kedua-dua agama.
“Saya terkilan dan tidak sangka mereka berdua sanggup pergi ke tahap begitu untuk memujuk ‘haji’ itu yang kemudian mengambil RM20 juta dalam sekali transaksi kononnya mahu membantu sahabat-sahabat Islam yang memerlukan menerusi orang kenamaan tertinggi yang dikenali,” katanya.
Jelasnya, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa selepas melabur dengan pasangan suami isteri itu mencecah RM80 hingga RM100 juta.
Bekas guru agama itu berkata, dia telah melabur sebanyak RM36,000 pada tahun lalu bersama 700 rakan-rakannya yang melibatkan wang sebanyak RM6 juta namun ia lesap tanpa sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.
Sementara itu, tersebar di media sosial video pasangan suami isteri itu memeluk Islam yang dipercayai berlaku pada 2013.
Menerusi dua rakaman video berasingan itu kelihatan Datuk G dan isterinya yang merupakan pelakon tempatan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang bergelar haji dengan mengangkat satu jari dan duduk bersila sambil berjabat tangan dengan individu terbabit.
Video terbabit menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan pasangan terbabit kerana sanggup menghina dan mempermainkan agama.
Perbuatan pasangan ini bukan sahaja telah menghina agama Islam malah juga agama Hindu.
Difahamkan, satu laporan telah dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam susulan kejadian tersebut. - CARI
Post time 12-4-2017 06:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
juliez replied at 11-4-2017 07:20 PM
Dato Geethanjali G. Ada youtube channel & twitter followers sampai 1.2mil. I pun confuse dia n ...
Dato Geethanjali katanya isteri DS Gnanaraja dan namanya disebut2 sbg calon senator MIC. Ahkak ni juga dikatakan rapat dgn Ahkak sorang lg tu. Mcm2 juga cerita saya dgr dr kawan2 India tp tak pasti sah ke tidak.