CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4027|Reply: 50

Pertukaran 2,261 Guru Kes "Guru Duka Lara' Diluluskan- Mahdzir Khalid

[Copy link]
Post time 29-5-2017 11:22 AM | Show all posts |Read mode


sumber: internet



Sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes "guru duka lara" daripada 6,636 keseluruhan permohonan kategori itu telah diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM).


Mereka akan mula berkhidmat di sekolah baharu bulan depan.


Memetik laporan Bernama, menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelulusan itu adalah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan seramai 1,421 guru akan ditempatkan di sekolah rendah dan 840 lagi di sekolah menengah di seluruh negara.


Selain kes guru duka lara, pertukaran juga termasuk atas alasan tempoh perkhidmatan yang terdiri daripada 168 orang, permohonan bersama (166), sakit kronik (37), ancaman keselamatan (15) dan lain-lain (178).


Jumlah kelulusan permohonan penukaran bagi tempoh ini tidak dibuat begitu ramai kerana mengambil kira keadaan guru-guru dan pelajar yang menumpukan proses pengajaran dan pembelajaran.


"Kita berharap apa yang sedang KPM buat ini dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya berkaitan ketidakpuasan hati di kalangan guru terutama kes "guru duka lara,"  jelas Mahdzir.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung lah..i ni mntak tukaq sampai skrg status apa pn x pa..
Nk tpon tnya..segan la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mntak dekat ngn umh la..x lrt dh nk ulang alik..jauh..kos lg....x termampu dah nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:29 PM | Show all posts
guru duka lara tu menda?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:17 PM | Show all posts
bagusla ...................
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:28 PM | Show all posts

guru2 yang berjauhan dari keluarga sampaikan duka lara dalam hati....



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ancaman keselamatan tu teroris nak bom rumah cikgu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:46 PM | Show all posts
leylapple replied at 29-5-2017 02:28 PM
guru2 yang berjauhan dari keluarga sampaikan duka lara dalam hati....

oooo... amboi gelaran nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesianla kalau duk jauh.. kesian tgk jiran aku ni ngan anak 3 org ngandung lagi..suami plak jauh..bahaya la. Aper2 hal.. kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 02:59 PM | Show all posts

tepat gelaran nya..

sebab cikgu berduka lara nie tak dpt nak tumpukan perhatian terhadap kerja, murid2 terabai, kelas tak masuk, selalu ponteng, selalu buat hal, selalu ugut guru besar, selalu ugut KPM

tak semua tapi sebahagian besar...

i wonder kenapa diorang nak jadi cikgu at the first place dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa tak boleh jadi cikgu , berhenti. Cari kerja lain yang disukai ... kesian anak murid yang nak belajar ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:06 PM | Show all posts
leylapple replied at 29-5-2017 02:59 PM
tepat gelaran nya..

sebab cikgu berduka lara nie tak dpt nak tumpukan perhatian terhadap kerja, ...

Kanns..dengan harapan boleh balik negeri masing2..
Sepatutnya pengambilan guru by negeri.. if takde kosong kat negeri tu, permohonan ditutup.. kalau cikgu dr negeri tu apply kat negeri lain tu konsepnya dia kena redha jela duk kat negeri yang dipohon tu.. Dh negeri sendiri dah penuh nak buat gimana. Sepatutnya guru perlulah sedia berkhidmat dimana khidmatnya diperlukan..nak berduka lara sgt pun mcm tak kena pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:10 PM | Show all posts
i wonder kenapa diorang nak jadi cikgu at the first place dulu


khennn.... xpaham kadang
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 29-5-2017 03:10 PM
khennn.... xpaham kadang

How about doctor/ medical staff lain? Selalu yg kita dgr kes cikgu2 je yg duka lara sbb kena transfer jauh2. Patut sebelum ambik course cikgu ni, dah tahu dah bakal kena keja jauh2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:22 PM | Show all posts
Pegawai2 lain takde ke case duka lara macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruhla menteri kesihatan ambil port pasal dll..ikutla kementerian masing2..

Org tanya kenapa cikgu je..1 ni menteri pendidikan..

2 cikgu ni ramai yg kahwin bukan dgn cikgu..sebab tu jadi gtu.. yg sma2 cikgu xduka lara pon..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 03:24 PM | Show all posts
adik akak antara yg dpt pindah..gembira bukan kepalang deyols..sampai niat umrah segala
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 29-5-2017 03:22 PM
Pegawai2 lain takde ke case duka lara macam ni?

Ada tapi tak banyak...

Cikgu ni byk sgt kes ..sbb ramai erempuan..jauh ngan suami..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:28 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 29-5-2017 07:25 AM
Ada tapi tak banyak...

Cikgu ni byk sgt kes ..sbb ramai erempuan..jauh ngan suami..

I see. Kawan2 I pun ramai yang kena posting jauh2, tapi bukan cikgu. Tu yang ingat hanya terpakai pada cikgu2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan pertikai kenapa..korg xduduk dalam kasut dorg..

Me pon kesian tengok budak2 muda yg baru posting jauh ngan suami..jauh dar keluarga..ada yg ok je... yg ngandung mabuk2.. takkan nak berhenti kerja pulak.. sebab sekolah banyak..ada peluang untuk mohon pindah... so tak yahla pertikai. Rezeki masing.. dia minta pindah dia x susahkan org pon..xde kosong xleh gak pindah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049501 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list