|
Bersempena kedatangan bulan Ramadan, ia bukan sahaja memberi peluang kepada umat Islam untuk merasai keindahannya, malah terdapat juga golongan selebriti, malah dari Hollywood yang turut terpesona dengan bulan itu.
Pelakon hebat, Vin Diesel dikatakan mengakui dia terkesan dengan kehadiran bulan mulia bagi masyarakat Islam ini, melalui satu video yang viral di laman sosial.
Video itu dimuat naik oleh rakan baiknya, iaitu French Montaha, seorang rapper beragama Islam.
“Konsep Ramadan itu sangat kuat dan bagi saya ia mungkin baik untuk semua orang. Bukan mudah untuk mengekalkan disiplin dalam jangka masa yang panjang.
“Ramadan juga adalah bulan untuk memperbaiki diri,” katanya, menerusi video tersebut.
Pengakuan Diesel tentang bulan Ramadan itu segera mendapat liputan meluas media di negara-negara Islam di Asia Barat, selain dikongsikan beribu-ribu peminat seluruh dunia. - CARI
Foto: Internet
|
|