|
Bila sebut makanan barat, mesti sajian pasta menjadi salah satu gambaran makanan yang anda bayangkan, bukan? Ada pelbagai versi pasta yang telah diolah sesuai cita rasa penggemarnya. Jadi, kali ini apa kata kita cuba buat Pasta Cawan Berkuah Tomato Dengan Meatball yang 'kiut miut' ini!
Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun tak puas 'bedal' pasta cawan ni! Jom tengok resepinya!
Bahan-bahan:
Spaghetti pilihan
Sos Spaghetti pilihan
Foto: Wanista
1 biji telur
1 paket daging cincang
1 kotak susu segar
1 biji bawang Holland (saiz serdehana, dipotong dadu)
Serbuk roti (bread crumbs)
Keju Parmesan (parut)
Keju Mozzarella (parut)
Daun Pasli segar
Garam, serbuk paprika, serbuk herba Itali (Italian Herbs), lada hitam, dan gula secukup rasa
Foto: Carian Internet
Acuan tin mufin
Mentega untuk menumis dan gris
Cara-cara:
1. Penyediaan Daging
- Panaskan ketuhar pada suhu 150°c – 200°c.
- Lembutkan daging dan tekap dengan tisu dapur supaya kering tanpa air.
- Masukkan telur, garam, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan serbuk roti. = Boleh juga gantikan serbuk roti dengan kekacang campuran granola (ditumbuk halus) untuk sedikit kelainan.
- Gaul semua bahan untuk daging sehingga sebati.
- Bulat-bulatkan daging menjadi bebola dan susun di atas dulang pembakar yang telah digris.
- Bakar sehingga masak.
2. Penyediaan Sos
- Cairkan satu camca mentega tanpa garam (unsalted butter).
- Masukkan bawang Holland dan tumis sehingga naik bau.
- Tuang separuh balang Sos Spaghetti berserta garam, serbuk paprika, Italian Herbs dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Jika sos terlalu pekat, boleh tuang sedikit susu segar dan masak sehingga mendidih.
- Cincang sedikit daun pasli dan masukkan ke dalam sos.
3. Penyediaan Spaghetti
- Didihkan air di dalam periuk bersama 1 sudu garam dan sedikit minyak zaitun/minyak masak untuk elak daripada pasta melekat ketika ditos.
- Ambil segenggam spaghetti Kimball mengikut cita rasa ***Satu genggam spaghetti boleh hasilkan 6 hingga 8 pasta cawan.
- Patahkan ia kepada dua bahagian, masukkan ke dalam air yang sudah mendidih, dan masak sehingga pasta agak lembut.
- Alihkan daripada air dan biar ia sejuk.
- Gaul pasta bersama keju mozzarella parut. (Satu genggam spaghetti = 1/2 – 1 cawan keju)
- Taburkan keju parmesan pada setiap permukaan dalam acuan tin yang sudah digris dan susun spaghetti ke dalamnya.
- Bakar pada suhu 250°c untuk 10 minit atau sehingga warna spaghetti bertukar keemasan dan garing sedikit. (Jangan bakar terlalu lama takut pasta menjadi keras).
- Akhir sekali, hiaskan spaghetti cawan dengan bebola daging dan sos serta taburan keju parmesan.
Foto: Wanista
Siap dihidang dan dinikmati! Pasti hasilnya memukau hati! Selamat mencuba ya. - CARI
Kredit resipi: Wanista |
|