CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2101|Reply: 11

[Tempatan] Bomoh cabul tiga pelajar ketika rawatan (masukkan jarinya dlm kemaluan mangsa)

[Copy link]
Post time 24-9-2017 01:26 AM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik, antara awal bulan ini hingga semalam.

Suspek yang juga bomoh berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan 5 berusia 17 tahun memberitahu perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn, di sini.

Sebelum itu, bomoh berkenaan mendakwa semua mangsa menghadapi masalah peribadi dan memerlukan rawatannya.

"Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

"Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis," katanya.

Beliau berkata, selepas ditahan, polis menghantar lelaki berkenaan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan pesakit luar apabila mukanya lebam selepas ditumbuk.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau x engantuk ke bang oiii??!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 06:56 AM | Show all posts
Percaya sangatkan bomoh.
Kebanyakkannya merapu je.

P/s Lepas masukkan jari..........cium jari tu. Bolih inzal
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gila la mak bapak pls lah jgn percayakan bomoh bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 24-9-2017 06:56 AM
Percaya sangatkan bomoh.
Kebanyakkannya merapu je.


Mana ko tau?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sgt still percayakan bomoh {:dot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 24-9-2017 06:56 AM
Percaya sangatkan bomoh.
Kebanyakkannya merapu je.


Mcm tu ke?......

Mana kau tau?....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 06:39 PM | Show all posts
Mohon ketuk jari-jemari bomoh ni dengan besi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ya pon percaya sgt dgn bomoh..jgn la tinggai ank dgn bomoh tu masa sesi rawatan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana mak bapak boleh biar je anak tu dgn bomoh tanpa org lain? Percaya betul dgn bomoh. Doktor pon nk rawat pesakit kena ada nurse teman..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong laa jangan la caya bomoh2 nie.. Sian bebudak tu jadi mangsa keadaan sbb family percayakan bomoh setann
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 09:57 AM | Show all posts
tulah...len kali sakit pegi jumpa doktor..bkn pawang dukun bomoh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.263292 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list