CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 8

[Tempatan] Sorok heroin dalam umah bebird, lelaki lubok direman 7 hari

[Copy link]
Post time 2-10-2017 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 2-10-2017 10:00 AM

Sorok heroin dalam sangkar burung, lelaki direman tujuh hari

KOTA BHARU, 2 Okt — Polis Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai RM430,000 yang disembunyikan dalam satu sangkar burung di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Pasir Mas pada Khamis.

Ketua polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata polis turut menahan pemilik rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 56 tahun, untuk siasatan.

Beliau berkata serbuan 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat serta risikan.

“Pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, menemukan sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sangkar burung,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Lelaki berkenaan menafikan dadah itu miliknya dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah, katanya.

Hasanuddin berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk bagaimana dadah itu boleh berada di kawasan rumah suspek, yang kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dadah berkenaan dipercayai untuk bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah dadah itu boleh memenuhi bekalan untuk 75,000 penagih dadah.

Sementara itu, beliau berkata polis sedang mengesan sepasang suami isteri berusia 38 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berkaitan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM45,000 di sebuah rumah di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada 20 Sept lepas. — Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari serambi lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2017 10:01 AM | Show all posts

heroin x haram
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:06 AM | Show all posts
Huiiiii. Dekat setengah juta Ringgit harganya. Kalau polis x rampas, memang makan besar golongan2 penyangak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:12 AM | Show all posts
dekat ngn sempadan haruslah jd lokasi tumpuan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:46 AM | Show all posts
dadah tak memabukkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Maafkn daku..
Masa baca tajuk..blom baca details..
Akak terbayang..muat pulak masukkan org (heroin pilem) dlm sangkar burung tu ye{:question

Sengal betul akak di pagi senin blues ni..haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 12:45 PM | Show all posts
fuh kaya tuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2017 12:48 PM | Show all posts
dadah lagi, apalah nak jadi ummah meleis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049066 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list