Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy, dihukum penjara 11 tahun hari ini selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera April lalu.
Selain hukuman itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.
Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati.
|