|
Bukan sekali dua berlaku, tapi kejadian pecah masuk rumah selebriti Hollywood adalah perkara biasa.
Dan kali ini adalah giliran penyanyi terkenal Mariah Carey pula mengalami kerugian kira-kira RM200,000 (ASD 50,000) selepas rumahnya dirompak pada Khamis.
Menurut TMZ, pencuri terbabit masuk melalui tingkap atau pintu di bahagian tingkat atas rumah agamnya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada kira-kira jam 3 pagi.
Yang peliknya, pencuri berkenaan tidak mengambil sebarang barang kemas milik penyanyi lagu My All itu, sebaliknya mereka hanya mengambil barangan mewah seperti beg tangan dan kaca mata hitam berjenama.
Sementara itu, Mariah bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden terbabit kerana berada di bandar New York ketika kejadian.
Ketika kejadian berlaku, pencuri telah mengaktifkan alat penggera senyap, namun pasukan keselamatan hanya menyedarinya beberapa jam kemudian.
Menurut portal Mail Online, tiada sebarang penangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan.
Terdahulu pada tahun ini sahaja, Jason Derulo, David Spade, Emmy Rossum, Scott Disick dan ramai lagi selebriti menjadi mangsa kes rompak.
Foto: Mail Online
Okey, pelik juga pencuri tu lebih berminat dengan aksesori Mariah berbanding barang kemas. Macam-macamlah perangai pencuri ni pun. - CARI |
|