View: 1823|Reply: 16
|
Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan 25 iPhone X! Harga Macam Sebuah Rumah!
[Copy link]
|
|
Pelbagai cara unik dan kreatif pernah kita dengar bila lelaki melamar seorang wanita untuk menjadi suri hidupnya..
Namun, yang satu ini tidak kalah juga dari segi kejutan yang diberikan.
Oddity Central melaporkan seorang pereka game video, Chen Meng dari Shen Zeng, China telah membuatkan ramai peminat iPhone terngaga!
Dikatakan dia telah membeli 25 buah iPhone X sebelum menyusunnya dalam bentuk hati untuk melamar kekasihnya. Biar betul!
Lelaki ini telah membuat pre-order kesemua iPhone X itu dengan tujuan membuat surprise kepada kekasihnya. Pada 3 November apabila telefon pintar itu dilancarkan di China, akhirnya Chen telah mengumpul kesemua dan membuat perancangan yang tersendiri.
Bagi mengelakkan kekasihnya dapat menghidu apa yang dilakukan, Chen meminta bantuan rakan-rakan kekasihnya untuk membawa wanita itu ke lokasi yang ingin dibuat kejutan.
Bila wanita yang bernama Lee itu terlihat apa yang dilakukan oleh kekasihnya, dia tidak dapat menahan rasa terharu. Memang romantik habis.
Sebenarnya pasangan ini merupakan peminat tegar game video di mobile. Kedunya telah bertemu dua tahun lalu menerusi salah satu game yang dibangunkan oleh Chen.
Tapi mengapa sampai 25 buah iPhone X? Katanya, ia merupakan simbol kepada usia Lee. Wah, beruntunglah kan!
Namun, apa yang berlaku selepas itu, mereka membahagikan kesemua telefon itu kepada rakan-rakan yang membantu 'majlis' lamaran itu. Seronoknya!
Foto Carian internet
Kisah mereka ini menjadi tular di laman sosial dan ramai yang mengkritik lelaki ini kerana sanggup berhabisan membeli 25 buah iPhone X iaitu sebanyak USD 31,500 atau bersamaan RM133, 197!! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
makkk oiii kayanya. baik kau bagi rumah je
huntong lah |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah kaya. Kalau kaya, beli lah berapa pun iPhone X ko nak beli dekk. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada duit dan berkemampuan semua boleh direalisasikan |
|
|
|
|
|
|
|
Bertuahnya. Kalau i amik satu je, yang lain bagi sanak sedara. |
|
|
|
|
|
|
|
couple ni amek sorang satu..lg 23 tu bagi sape..jual kt mudah ker
|
|
|
|
|
|
|
|
ke dummy phone je
|
|
|
|
|
|
|
|
dia bg kt kawan2 dtg tlg bw gf dia tu kot haha
mesti dia ckp
"tolong bawa gf saya datang sini kedai ok..nnt saya upah ipX cincai2 la kasi u...ok ok?"
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang anak orka ke. Kalau ye, untung la kawan2 theyols. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi romantik n sweet dari couple bbnu hafiz n syafiqah aina kihkih habis semua dia boronggg |
|
|
|
|
|
|
|
sume dia punya?? meriah!! |
|
|
|
|
|
|
|
kaya ko yer....bgus..bgus |
|
|
|
|
|
|
|
Woahhhh dasyat penangan cinta kepada iphone eh girlfriend {:love |
|
|
|
|
|
|
| |
|