Walt Disney semakin melebarkan sayapnya apabila bersetuju membeli aset utama filem dan televisyen 21st Century Fox milik Rupert Murdoch dengan harga AS$52.4 bilion atau bersamaan RM214 bilion.
Ia dikatakan bagi menghadapi saingan daripada syarikat hiburan internet termasuklah Netflix.
Dengan itu, Disney secara tidak langsung memiliki sejumlah filem Hollywood terbitan Fox seperti X-Men, Avatar, the Simpson serta FX Networks dan National Geographic.
Murdoch, 86 dan dua anak lelakinya dilaporkan akan memfokus kepada media lain dalam kumpulan mereka termasuk rangkaian penyiaran Fox, Fox News Channel dan saluran sukan.
Disney Beli Fox Dengan RM214 Bilion
Dikatakan Disney membeli arkib filem Fox kerana mahu menghadapi pesaing seperti Netflix dan juga Amazon, serta media sosial lain termasuk Facebook dan Apple yang menawarkan servis streaming.
Kini Disney turut bersedia melancarkan perkhidmatan streaming mereka. |