CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 0

Idea Makanan Sihat yang Boleh Disediakan Dalam 20 Minit

[Copy link]
Post time 15-12-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by hanglipolopo at 15-12-2017 10:58 AM




Resepi Mudah #1: Sup Ayam

Semua orang tahu bahawa sup ayam ialah ubat untuk jiwa. Pada hari-hari yang teruk, setelah pulang daripada menghadap bos yang garang dan keadaan trafik yang sesak, bukankah semangkuk sup ayam panas dapat memulihkan mood anda untuk menjadi lebih baik?
Jadi, sebelum anda pergi ke kerja, anda boleh masak siap-siap hidangan ini supaya anda tinggal hangatkan semula untuk anda nikmati pada waktu petang. Mudah, cepat dan sedap dimakan baik bersama nasi mahupun dicicah roti, inilah hidangan sihat dan enak untuk semua.

Resepi Mudah #2: Salad Peria

Ramai orang tidak sukakan rasa peria yang pahit dan payau tetapi tidak ramai yang tahu tentang khasiat serta kebaikan peria ini. Pada hari-hari anda inginkan diet yang lebih sihat, anda boleh cuba resepi salad peria ini yang boleh dinikmati sebagai hidangan sampingan bersama pelbagai jenis lauk lain seperti sup ayam.
Jangan rasa gerun untuk mencuba hanya sebab rasa peria yang pahit itu. Anda boleh ubah suai tahap kepahitan peria dengan menambah perahan limau, cili, bawang mahupun telur ke dalam salad ini.

Resepi Mudah #3: Tauhu Goreng Sambal Pedas

Idea makanan sihat seterusnyaSebenarnya, menyediakan hidangan tauhu goreng ini memerlukan skil yang unik. Hal ini demikian kerana tekstur tauhu yang lembut dan rasa tauhu yang tawar membuatkan masakan yang berasaskan tauhu lebih mencabar untuk disediakan. Jangan risau, resepi tauhu goreng dengan sos pedas istimewa Butterkicap pasti membuatkan anda mengubah persepi anda terhadap tauhu dan membuatkan sesiapa sahaja termasuk peminat daging tegar sekalipun akan meminati masakan sihat anda ini.

Resepi Mudah #4: Ayam Kicap Special Ekspres


Ayam kicap, makanan selesa kedua terbaik selepas sup ayam. Kalau sup ayam ialah ubat untuk jiwa, ayam kicap ialah pengubat hati yang merindukan masakan ibu. Penyediaan ayam kicap adalah mudah dan pantas. Walaupun rata-rata pembaca akan mengatakan, “Oh, ayam kicap bukannya hidangan sihat sebab ayam digoreng dalam minyak dan diletakkan kicap yang banyak”, kami di Butterkicap, ada penyelesaian dilema ini.
Gantikan saja minyak dengan sesudu mentega (bukan marjerin ya) dan panggang ayam dahulu sebelum digaul dengan kicap dalam kuali panas. Apa-apa masakan boleh dijadikan sihat kalau anda tahu caranya.

Resepi Mudah #5: Selada

Selada adalah satu makanan sihat yang sangat ‘under-rated’. Sejenis hidangan tradisional masyarakat Banjar, Selada terdiri daripada bergedil yang diletak atas kentang lenyet yang dibulatkan dan dinikmati bersama telur rebus dan kuah daging yang pekat. Memang enak, bukan?
Daripada memilih untuk makan salad dan makanan sihat Barat yang lain, hidangan ini lebih mengenyangkan dan kena dengan citarasa kita yang ketimuran ini. Anda boleh cuba sendiri resepi Selada Butterkicap dan beritahu kami sama ada anda dapat turun berat badan atau tidak dengan hidangan ini.

Resepi Mudah #6: Ikan Masak Stim Ekspres



Siapa yang tak sukakan ikan masak stim tambah-tambah lagi pada waktu hujan? Bertambah selera untuk kita nikmati hidangan ini. Namun begitu, tidak ramai yang memilih untuk menyediakan hidangan ini, khususnya sebagai hidangan makan malam pada hari anda bekerja kerana beranggapan hidangan ini mengambil masa yang malam untuk disediakan.
Sekarang, anda boleh nikmati hidangan ini pada bila-bila masa kerana kami mempunyai resepi ikan stim ekspres yang dapat dinikmati dalam masa 30 minit sahaja. Nak tahu resepi ekspres ini?

Resepi Mudah #7: Ayam dan Sayur Berkuah

Dalam kalangan pembaca pasti ada ibu-ibu dan wanita bujang yang inginkan satu sajian yang bukan sahaja senang untuk disediakan, pantas dan sihat. Kami ada satu resepi idea makanan sihat untuk anda yang menepati ketiga-tiga kriteria yang anda cari ini selain daripada boleh diubah suai menjadi hidangan lain jika tidak dihabis dimakan dalam sehari.

Resepi yang kami maksudkan ini ialah resepi ayam panggang dan sayur berkuah Butterkicap. Kelaziman masyarakat Malaysia adalah untuk mempunyai beberapa hidangan lauk untuk dimakan dan penyediaan beberapa jenis lauk yang berlainan ini adakalanya, memakan masa yang lama.

Dengan memanggang seekor ayam sebagai hidangan makan malam anda pasti menjimatkan masa dan mengenyangkan seluruh keluarga anda juga. Jika tidak habis, jangan risau! anda boleh sediakan sandwic ayam untuk anak-anak anda ataupun salad ayam mudah untuk anda nikmati pada waktu kerja. Jimat, bukan?

Kini, anda tidak perlu lagi berasa tertekan untuk berhabis wang membeli makanan yang tidak sihat (dan kurang sedap) untuk anda nikmati setelah penat bekerja seharian. Dengan tip-tip penjimatan yang kami kongsikan ditambah pula dengan resepi-resepi mudah masak ini, tiada lagi penghalang untuk anda mencari idea makanan sihat dan berkhasiat selepas ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.942136 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list