|
Kalau dulu Farid Kamil pernah kata, "erlu ke nak tayang bahagia?" tapi nampaknya kali ini dia sendiri yang tunjuk kebahagiaan bersama isterinya.
Gambar yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini memang cukup membuktikan pasangan ini dilamun cinta walaupun sudah beranak dua.
Romantis betul, berpeluk sakan dengan isterinya, Diana Danielle.
Foto: IG Farid Kamil
Kapsyennya, "Menang Di Shah Alam tanpa KAMAL, hanya KAMiL ... Di mana KAMAL ? KAMiL dan KAMAL sepatutnya bersama pada malam bersejarah tu untuk menang, tapi hanya KAMiL di mana KAMAL?"
Walaupun pernah dilanda badai rumah tangga tak lama dahulu, namun pasangan selebriti ini berjaya menanganinya.
Foto: IG Diana Danielle
Dalam ruangan komen, ramai peminat yang memuji-muji. Kata mereka, sweet sangat.
"Sweet nya datuk dan datin."
Tapi bila ada yang puji mestilah ramai juga yang mengeji! Antara komen:
"Nak bergambar pun jgn la pose begini. Tak sesuai even laki bini."
Foto: IG Farid Kamil
Terpulanglah, setiap orang ada pendapat masing-masing. Kami doakan agar kedua-duanya sentiasa bahagia. Yang penting, kedua-dua anaknya memang comel belaka! -CARI
|
|