CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 9

Dua Sepupu Perempuan Curi Motor Untuk Pergi Kerja

[Copy link]
Post time 27-2-2018 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Dua remaja perempuan yang juga sepupu berusia 14 dan 16 tahun ditahan selepas disyaki mencuri motosikal di Kampung Tanjong Dedalu, Parit, Rabu lalu.


BH Online melaporkan, suspek mencuri Modenas Kriss milik seorang suri rumah yang diletakkan di bawah rumah kira-kira jam 6.45 pagi.

"Remaja berusia 14 tahun itu masih bersekolah, manakala seorang lagi sudah bekerja di sebuah kedai makan dan mereka mencuri motosikal itu untuk kegunaan berulang-alik ke tempat kerjanya.

"Mereka menggunakan anak kunci motosikal lain untuk membuka kunci 'handle' dan apabila kunci berjaya dibuka, mereka menolak motosikal itu keluar sebelum melarikannya," kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.




Foto: BH Online




Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di rumah masing-masing sehari selepas kejadian dilaporkan.

"Motosikal bernilai RM1,000 itu turut dirampas dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," tambahnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 10:18 AM | Show all posts
perghh...selambanya dasyat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kau dikkk.......

Umor 20 dah blh rompak bank.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 10:58 AM | Show all posts
Tu dia.. Anak dara sunti rembat motor orang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:48 AM | Show all posts
umo 14,16 thn dh bkeja
tak sekolah agknye
manala mak pak dorg

klu salah didik
kang dh besar jadi PM, songlap duit rakyat kang

moga budak2 ni brubah hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:11 PM | Show all posts
fuh... kejahatan dalam kebaikan gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2018 12:13 PM | Show all posts
diorang abwak motor curik balik rumah, parent tak kisah ker?

ker mmg keluarga pencurik?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin kerja wpun masih muda tu bagus
Cuma perangai mencuri cmni dh jd buruk skit
Nk pkai moto pun kumpul la duit sikit2, pstu bli utang
Ataupun beli je dulu basikal buat bawa pi kerja
X elok la mencuri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 09:50 AM | Show all posts
leylapple replied at 27-2-2018 12:13 PM
diorang abwak motor curik balik rumah, parent tak kisah ker?

ker mmg keluarga pencurik?

biasanya dalam kes spt ini mereka akan tipu parent dengan mengatakan motor pinjam.  kawan suruh guna. etc2.  sebab itu lah keluarga kena pastikan benda2 spt ini supaya tidak timbul perkara2 tidak diingini.  kesian mereka sebenarnya. kecik lagi kena kerja.  dan hantar sepupu sekolah.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 27-2-2018 12:13 PM
diorang abwak motor curik balik rumah, parent tak kisah ker?

ker mmg keluarga pencurik?

Sesetgh parent igtkn itu pakwe bg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042402 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list