|
Beberapa minggu lalu majalah London gaya hidup atau lifestyle magazine terkenal Time Out membuat kejutuan. Ia menyenaraikan Singapura sebagai antara kotaraya “paling tidak menarik” di dunia.
Menurut City Life Index 2018 majalah Time Out berdasarkan survey yang dijalankan keatas 15,000 orang, Singapura diletakkan di tangga ke 31 daripada 32 kotaraya tidak menarik. Ditangga corot kata Time Out ialah Istanbul.
Setuju atau tidak dengan pandangan (tuduhan ?) Time Out bukan persoalannya untuk artikel ini. Yang ingin ditonjolkan ialah reaksi atau tindak balas Lembaga Pelancongan Singapura. Apa yang dilakukan?
Mereka menerbitkan video dengan bernada perli mengakui "memang Singapura boring ..tak ada apa yang menarik boleh dilakukan di sini”.
Namun visual yang mengiringi “pengakuan" itu memaparkan Universal Studios Singapura, perlumbaan waktu malam Formula One, Artscience Museum dan lompatan bungy yang baru dibuka di pulau Sentosa.
Maknanya konon mengaku tidak menarik tetapi visual tunjuk semua yang menarik. “Yeah ,Time Out London, we’re pretty unexciting" kata naratif video itu sambil memaparkan pula makanan Singapura termasuk hidangan masakan ayam sos soya di gerai yang terletak di Chinatown. Masakan ayam sos kicap itu cukup terkenal dan menerima pengiftirafan chef terkemuka antarabangsa lantas dianugerah bintang Michelin. Tetapi hidangan itu dijual pada harga hanya $2 Singapore dollar atau RM5.91. Mengiringi tanda harga berkenaan ialah caption berbunyi "semua begitu mahal".
Video itu dipos di facebook Lembaga Pelancongan Singapura. Strategi mereka jelas – menafikan laporan Time Out London sambil menyerang secara sinis. Bayangkan pula jika Time Out London atau mana mana majalah pelancongan antarabangsa menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai antara kotaraya paling “boring” di dunia. Bagaimana agaknya respon atau tindak balas kita? Khususnya Tourism Malaysia, kementerian pelancongan. Malah pak menteri sendiri.
Berdasarkan pengalaman lampau ketika negara dikritik pihak berwajib akan marah dan melenting. Kritik dilihat sebagai sesuatu yang melulu dan tidak adil. Penafian akan dibuat dengan keras. Majalah terbabit akan dituduh mempunyai niat jahat dan agenda tertentu.
Media dan pelbagai pihak - daripada menteri kepada NGO kepada parti politik - akan memerangi majalah yang menuduh kota kita kota boring.
Foto Carian internet
Reaksi keras ialah kerana kita percaya maruah negara dicemar kedaulatan dicabar. Sama ada benar dicemar atau dicabar diketepikan.
Apa pun yang ingin diajukan ialah mana yang lebih efektif untuk menangkis “tuduhan,” dan “memperbetulkan” keadaan sambil menceritakan cerita sebenar .
Cara kita? Atau cara Singapura? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe true sgt cara kita cara singapura |
|
|
|
|
|
|
|
suka ati dia je nk label orang boring ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tmpat nak merendek sesuai jah cikcur kt Singapore... tp kalau nak harap aktiviti shopping or xtvt lain mcm susah sikit unless pegi pulau sentosa atau universal studio...itupn universal studio deyols beratur ya hampunnnnnn... but still I rasa antara KL n SIngapore I lg suka cikcur Singapore maybe sebab jarang pergi pastu retis international pun slalu buat konsert kt SIngapore |
|
|
|
|
|
|
|
Westerners ni suka benda-benda nature and rare barulah tak boring katanya. Kalau modern city, kena buat attractions yang tahap melampau mcm Dubai kot. |
|
|
|
|
|
|
|
memang singapore tak banyak attraction... what do u expect, small country je kot... tapi dulu masa dok jb, rajin masuk singapore sebab nakkan feel kat tempat orang... pastu layan makan2 kat sana... tapi semenjak roe cam haramjadah, aku rasa baik pegi us shopping kat sana... hahahah... |
|
|
|
|
|
|
|
cara singapura la. kita yg berjiran dekat ni is like 10 tahun ketinggalan kebelakang or maybe more. menteri pelancongan kita busy melayan bini baru...... ikut cakap bini sampaikan logo yang penting utk di jaja di seluruh dunia hanyalah taraf taraf orang buta seni yang buat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura ni memang gitu..kritik negara orang boleh,bila kena kritik very defensive..sememangnya boring..saya menetap kan sana dah hampir 10 thn..memang ada tempat menarik tapi tak ada yang menarik sangat terutama pelancung asing yang suka alam semula jadi...kita orang msia je tak menghargai apa yang kita ada..orang luar caci kita,kita ikut juga..setiap negara tu ada kelebihan dan kekurangannya..cuma kita perlu lebih menghargai apa yang kita ada.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|