CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3216|Reply: 34

[Tempatan] Sengaja 'jaja' nama Allah

[Copy link]
Post time 7-3-2018 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Sengaja' jaja nama Allah

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/319032/sengaja-jaja-nama-allah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Mac 2018 @ 6:43 AM

Mary Victoria Dass
[email protected]


NORZILAH menunjukkan butiran nombor akaun bank diberikan rakan Facebooknya

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengaku sebagai jurutera marin dari London sanggup menjaja nama Allah SWT bagi membuktikan kesetiaan persahabatannya dengan wanita yang tinggal di Larkin di sini sebagai helah untuk menipu suri rumah berkenaan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Norzilah, 40, berkata, dia mengenali lelaki itu yang menyatakan dirinya kacukan Melayu-Irish menerusi laman sosial Facebook (FB) pada hujung Februari lalu.

Menurutnya, lelaki dikenali Ismail Abu Seman itu menyatakan dia berusia 40-an dan tinggal di London serta bekerja di sebuah syarikat swasta.

Katanya, bagi mengenali dirinya dengan lebih rapat, lelaki itu juga berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tujuan utama saya menjalin persahabatan bersama lelaki itu bagi meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris memandangkan lelaki berkenaan menyatakan keluarganya berasal dari Kelantan dan dia memahami bahasa Melayu.

“Malah saya juga yakin terhadap dirinya kerana dia kerap menggunakan nama Allah SWT ketika berkomunikasi dan berlagak alim,” katanya.

Norzilah berkata, pada 1 Mac lalu, lelaki itu bagaimanapun menyatakan hasrat menghadiahkan lapan barangan berjenama demi menghargai persahabatan mereka.

Menurutnya, perkara itu menyebabkannya curiga namun mengambil keputusan untuk terus berhubung bagi mengetahui niat lelaki itu.

Malah katanya, dia dan ahli keluarga juga pernah menghubungi lelaki itu menerusi panggilan video bagi mengenal pasti identiti sebenarnya namun tidak menerima maklum balas.

“Antara barangan yang kononnya mahu dihadiahkan lelaki itu ialah iPhone 8, komputer riba Apple, rantai, dua jam tangan, minyak wangi, beg dan wang tunai 1,000 pound sterling (RM5,400).

“Saya pernah menolak hadiah berkenaan dan menyatakan saya bukan individu materialistik atau kebendaan namun dia memujuk saya untuk menerimanya.

“Bagi meyakinkan saya, dia turut menghantar gambar bungkusan dan bil penghantaran daripada sebuah agensi penghantaran bungkusan antarabangsa,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, lelaki berkenaan memintanya membayar cukai barangan RM5,000 kepada ejen agensi berkenaan menerusi akaun bank peribadi Public Bank dimiliki Abdul Wahab Balakat bernombor 68531355107.

Menurutnya, dia memberi pelbagai alasan kerana mengambil keputusan tidak mahu menjelaskan wang berkenaan bagi mengelakkan sebarang risiko.

Norzilah berkata, dia juga merujuk perkara itu ke Balai Polis Larkin di sini, semalam dan mendapatkan nasihat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 10:47 AM | Show all posts
bagus akak ni nasib tak kena tipu

bahsa ingeris kat mana mana pun leh belajar kat

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:48 AM | Show all posts
melayu-Irish la sangat. kekekeke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama abdul wahab balakat. Celah mana irishnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pung dpt scam.. aku ckp antar barang baru aku bayo duit tuu semua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:00 AM | Show all posts
Nak belajar bahasa inggeris gi class kak ni nak belajar cara ni boleh mendatangkan masaalah.  Nasib masih beringat dan tak terjebak kalau tidak tak pasal2 duit lesap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha..pak itam negro kot
Balakat2
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan sy pon mcm ni ler, bercintan jarak jauh konon, laki tu nk jumpa tapi kena tahan kat airport so dia minta kawan tu transfer duit utk lepaskan dia.  Wth betol. Nasib baik tak tertipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Rule of thumb : jgn percaya lobai. Nasib kau bijak dek. Moga tuhan berkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2018 10:51 AM
Nama abdul wahab balakat. Celah mana irishnya

Balakat jawa indogs antat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:41 AM | Show all posts
Tujuan utama saya menjalin persahabatan bersama lelaki itu bagi meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris memandangkan lelaki berkenaan menyatakan keluarganya berasal dari Kelantan dan dia memahami bahasa Melayu.


iyer ker dekkk...bukan kau teringin nak rasa konek ummah melayu mix kokesen?

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:50 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 7-3-2018 11:28 AM
Balakat jawa indogs antat.

Balakat ni origin India rasanya.


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:00 PM | Show all posts
Balakat ni pak sedara sis vokuru ni. asal jauh sampai ke london? ptptn pun xhabis bayar
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2018 10:52 AM
Aku pung dpt scam.. aku ckp antar barang baru aku bayo duit tuu semua...

Klu aku takkn byr pun...
Sbb bkn aku yg mintak dia hntar


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:48 PM | Show all posts
balakat = lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik kaka pernah terkena. ..nasib dia rujuk kaka. .terus kaka wasap no hp tu maki2. ......last2 lepas kena maki dia balas tulis "wanita Asia semua bodoh". ...rasanya di sebalik sindiket ni ada orang Malaysia juga sebagai dalang kut. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 01:30 PM | Show all posts
bila dapat kenalan species non-Malaysian camtu, sebaiknya ko gambarkan diri ko tu miskin tak berduit.. kalau dia nk kawan jugak ok jer lah.. tp never show y ko tu mampu secara financial.. nak bg hadiah tp kena bayar cukai ke apa, bgtau jer uolls nk makan pun x mampu.. baik x payah bg hadiah kalu cam tu... kalau dia ikhlas, sebankrap mana pun kau, dia akan terus berkawan.. kalau dia tu scammer x kuasa dia nak melayan pompuan x berduit.. buang masa ajerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2018 10:51 AM
Nama abdul wahab balakat. Celah mana irishnya

Keling pun boleh jadi Irish, sama macam kat sini Al Baukari pun boleh jadi melayu... apa nak heran


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT3QtyV80B5e5LPEiaTUZz6LlwyJj99wEO1rB-E6MMCA4zzkhmxUr8qkXT3
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:38 PM | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2018 10:51 AM
Nama abdul wahab balakat. Celah mana irishnya

celah rambut merah dalam gambar lelaki tu kot nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:39 PM | Show all posts
mcm mak sedara jiran sebelah umah punya pak menakan aku kena...
dia ada berhubung ngan sorang laki katanyer pak arab melalui wasap..
pahtu dia tunjuk kt aku mesej perbualan diaorang..
lepas tgk mesej tu aku tanya..naper org arab eja Assalamualaikum mcm org malaysia jek..
pahtu dia baru la perasan..haah, yelah..

patut la sokong parti ketuanan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050361 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list