Siapa tak kenal dengan Pizza Hut kan? Antara restoran yang manyajikan menu-menu pizza pelbagai rasa dan rupa yang menjadi kegilaan ramai khasnya masyarakat di Malaysia.
Boleh dikatakan setiap bandar-bandar yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah 'outlet' Pizza Hut pasti ada. itu belum lagi restoran-restoran yang dibuka di dalam pusat beli belah. Yang pasti jenama restoran ini sudah kukuh di negara kita.
Bercakap tentang menu, selain menyajikan pizza yang menjadi menu 'signature' di Pizza Hut, terdapat juga menu lain yang menjadi pilihan ramai. Antara yang sangat popular ialah Chicken Wings Pizza Hut. Ramai yang mengakui chicken wings yang dihasilkan oleh Pizza Hut rasanya sangat lazat.
Sudah pasti ramai yang tercari-cari cara bagaimana hendak membuat chicken wing ala-ala Pizza Hut kan? Sebenarnya tak la susah sangat hendak membuatnya. Jom ikuti resepi membuat Chicken Wings Ala-ala Pizza Hut yang telah dikongsi oleh Noraniza Azmei di laman facebooknya.
CHICKEN WING ALA PIZZA HUT GUNA 3 BAHAN 15 MINIT
Bahan-bahan
Ayam drummet chicken wing (original/spicy terpulang)
Madu
Sos blackpepper original Heinz
Cara membuatnya
1. Goreng dahulu chicken wing. Bila warna sudah bertukar warna keemasan, angkat dan toskan minyak.
2. Tuang sos blackpepper original Heinz atas kuali. Masukkan madu. Kacau sebati dengan api sederhana.
3. Masukkan ayam gaul rata dan siap.
4. Sedia untuk dinikmati.
Semua foto: carian internet
Nampakl begitu mudah kan? Jangan lupa untuk mencuba ya! - CARI
|