View: 2143|Reply: 14
|
Sengaja Gemukkan Badan, Lelaki Dipenjara
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki sengaja menggemukkan diri sendiri semata-mata mahu mengelak dari menjalani latihan perkhidmatan tentera yang diwajibkan untuk semua rakyat di Korea Selatan.
Korea Times melaporkan, lelaki berusia 21 tahun itu berjaya menambahkan berat badannya sebanyak 29.5 kilogram (kg) dalam masa enam bulan selepas tamat sekolah tinggi.
Semasa menjalani ujian kesihatan pada Julai 2016, berat badannya meningkat daripada 84.8 kg kepada lebih 113 kg.
Rancangannya berjaya apabila dia didapati terlalu gemuk untuk latihan ketenteraan dan diberi tugas di perkhidmatan awam lain.
Foto: Korea Times
Namun malang apabila polis mendapati yang dia sengaja gemuk dan kemudiannya ditahan dan didakwa di mahkamah.
Menurut undang-undang Korea Selatan, semua lelaki berusia 18 hingga 35 tahun perlu menjalani latihan berkenaan dan hanya pemenang pingat Sukan Olimpik atau pingat emas Sukan Asia diberi pengecualian.
Sekurang-kurangnya 400 orang lelaki dipenjara setiap tahun kerana enggan menjalani latihan tersebut.
Latihan itu diperkenalkan pada 1957, empat tahun selepas Perang Korea tamat, supaya rakyat bersedia untuk berperang sekiranya tentera Korea Utara menceroboh negara itu. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau latihan ketenteraan wajib kat sini konpem ramai yg menyalak |
|
|
|
|
|
|
|
ko paham je lah tahap kemalasan warga mesia macam mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu nak2 jenis anak mak semuanya disediakan jenis yang tak biasa berdikari pasti akan rasa berat
|
|
|
|
|
|
|
|
patutnya kegemukan di kira sebagai jenayah kat malaysia..n org2 gemuk terlebih BMI ni kita tax lebih skit ..barulah dorg nak insoff |
|
|
|
|
|
|
|
Rugilah x join latihan ketenteraan yang percuma ni. Kalau nasib baik, boleh dapat body ala-ala model.
Sekarang, merasalah meringkuk dalam penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 28-3-2018 12:56 PM
Rugilah x join latihan ketenteraan yang percuma ni. Kalau nasib baik, boleh dapat body ala-ala model ...
X juga
Lee min ho tu dh debab sket bila.masuk.program.ni...huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
makan tidur je ke sampai maam tu sekali naik gemok? |
|
|
|
|
|
|
|
retis korea time masuk service mostly memang bambam dari biasa, sebab takpayah diet kot
|
|
|
|
|
|
|
|
apa susah klu gemok pn
klu dia gemok, bagi aja latihan tentera smpai kurus
pjgkn tempoh latihan, dari brapa bulan ke tahun
barula semua jadi fit
lainla dia sakit jantung, semput, paru2 berair ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Tuhan sampai ke akar umbi korang siasat pelatih korang. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 28-3-2018 12:56 PM
Rugilah x join latihan ketenteraan yang percuma ni. Kalau nasib baik, boleh dapat body ala-ala model ...
Lee Min Ho gemok je masuk dalam. Boleh tengok gamba di bod retis internesyenel. |
|
|
|
|
|
|
|
Telolet replied at 28-3-2018 02:29 PM
retis korea time masuk service mostly memang bambam dari biasa, sebab takpayah diet kot
Kan..lapar...pastu kerja keras...
Hahah....
Retis korea kalau.masuk.service tu x yah.la harapkan hensem.sgt..serupa.north korea je rope...hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahaha mungkin heols senang gemok senang kurus kot. Kalau macam konah yg senang nak gemok tapi syaitan nirojim punyala payah nak kurus...konah lebih rela pergi dengan aman jah. |
|
|
|
|
|
|
|
kikiki. Panjang akal syngnya kantoi
pondan camner ek. Terpaksa gi gak kew. |
|
|
|
|
|
|
| |
|