"Kami okay sahaja dan saya tak pernah berdendam dengan dia.
Saya tak suka gaduh dengan orang. Sebab dia 'petik' (kaitkan) nama saya,
sebab tu saya buat komen balas."
Pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta, 45, berkata demikian ketika mengulas 'serangan balas' terhadap pengkritik fesyen terkenal, Zaihani Mohd Zain di laman Instagram baru-baru ini.
Foto: IG Che Ta
"Sebelum ni tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya, dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya," katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Che Ta memuat naik paparan skrin yang menunjukkan pengkritik fesyen itu mendakwa pengurus Che Ta merupakan 'dalang' yang mula menyebarkan kenyataannya mengkritik individu bertubuh besar tidak layak berada di pertunjukan fesyen.
"Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara.
"Lagipun awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun," jelasnya.
BACA JUGA: "Kata Dah Minta Maaf?" - Jangan Main-main Dengan Che Ta, Sedas Dia Sembur Zaihani!
Harap-harap, semua yang terlibat dengan kes ini dapat menyelesaikannya dengan baik. - CARI
|