View: 1719|Reply: 11
|
Bergaduh Hingga Kunci Motosikal 'Terbenam' Dalam Kepala
[Copy link]
|
|
Seorang remaja lelaki dikejarkan ke hospital dengan kunci motosikal tercacak di kepala selepas terbabit dalam satu pergaduhan.
Memetik Mail Online, kejadian berlaku di Maharashtra, India di mana remaja berusia 19 tahun berkenaan terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam setengah untuk mengeluarkan kunci yang tertusuk hampir hampir dua inci itu.
Pakar bedah saraf berkata, mangsa boleh maut sekiranya berlaku pendarahan dalaman.
"Ketika terbabit dalam pergaduhan di kampungnya pada 18 April lalu, mangsa diserang seseorang hingga kunci motosikal tertusuk ke dalam kepalanya.
"Dia kemudian dibawa ke hospital sebagai pesakit luar dan terus menjalani pembedahan sebaik kami melihat laporan imbasannya," katanya.
Mangsa dirawat di Hospital Anand Rishi dan menjalani pembedahan kraniotomi di mana sebahagian kecil tulang tengkorak perlu dikeluarkan sebelum doktor boleh mengeluarkan kunci berkenaan.
Foto: Mail Online
Dia dibenarkan keluar hospital tiga hari kemudian dan dikatakan sedang pulih dengan baik. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
adeh machaa apa crita ni machaa... |
|
|
|
|
|
|
|
eeii..ngilu tgk..cmne la bleh temasuk dlm sgt tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
senangla x perlu lagi cari kunci moto letak mana..dpt sangkut d kepala.. {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi..seriau tgk..kuat sungguh tujahan kunci tu |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya titikkan minyak gamat je.
toksah keluarkan |
|
|
|
|
|
|
|
Mak oih cerita tahun 1999 pun baru nak tulis yenadey.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|