|
|
Tidak hanya artis yang menjadi tumpuan netizen, penyampai radio dan juga 'media influencer' turut diangkat sebagai figura.
Jaa Era yang sentiasa tampil dengan watak lucunya di rancangan Astro dan Era mencuit hati netizen dengan gambar yang dimuat naik bersama pelakon yang membawa watak Spiderman, Tom Holland.
Dalam kapsyen tersebut, Jaa menulis yang ramai menyatakan wajahnya seiras bintang tersebut. Cuba lihat, sama tak?
Foto : IG Jaasuzuran
Setelah diteliti, mungkin ada titik persamaan di antara kedua-duanya dan netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Namun, adat lah, mata semua orang takkan sama menilai. Ada juga netizen yang mengatakan wajah mereka berdua tidak sama pun.
Jom kita lihat versi Cari pula
Foto : IG Tom Holland
Jadi, apa kata anda? Sama ke tak? - CARI |
|