Individu tidak bertanggungjawab dipercayai mengedar akhbar Sinar Harian palsu di sekitar Melaka sebgai bahan kempen PRU14.
Astro Awani melaporkan, akhbar yang mengandungi berita yang tidak benar itu diedarkan secara percuma menggunakan masthead dan template Sinar Harian.
Editor Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi berkata, dia mengetahui kewujudan akhbar palsu itu melalui seorang pembaca yang memaklumkannya melalui WhatsApp.
Foto: Astro Awani
Muka depan akhbar tersebut bertajuk ‘Janji Sulit Tun M-Najib’, sangat berbeza dengan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang bertajuk ‘Hadi Nasihat Tun M’.
“Kami kesal kerana Sinar Harian dijadikan sebagai bahan fitnah oleh individu tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini bukan sahaja tidak beretika, malah bertentangan dengan prinsip Sinar Harian yang telus dan tulus,” kata Azmi.
Akhbar Sinar Harian sebenar
Laporan polis akan dibuat agar siasatan akan dilakukan terhadap pihak yang bertanggungjawab. -CARI |