Bahang PRU masih lagi terasa! Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan barisan menteri-menteri.
Nama yang paling menarik perhatian dan mencuit hati rakyat sudah semestinya Mat Sabu yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Di pentas politik, Mat Sabu memang terkenal dengan kelantangannya! Namun cukup dikagumi kerana kebolehannya menyampaikan ceramah dengan gaya yang bersahaja dan penuh dengan jenaka.
Boleh terbahak gelak bila layan video-video ceramah beliau. Tak percaya boleh tengok sendiri:
“Kita memang memerlukan Tun Mahathir untuk bimbing kita. Sebab pintu masuk istana pun kita tak tahu kat mana.” Antara kata-kata Mat Sabu. Sekali baca memang kelakar bunyinya, namun penuh maksud tersirat.
Foto: Mstaronline
Sebenarnya semangatnya yang memperjuangkan politik selama berpuluh-puluh tahun tanpa lelah yang harus dikagumi. Tidak dapat dinafikan lagi Mat Sabu memang mempunyai auranya yang tersendiri. -CARI
Post time 14-5-2018 09:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dulu x minat politik. Nama mat sabu ni mmg dah lama dengar. Tapi x pernah dengar n tengok di berceramah. Mase kempen pru14, ade tengok dia berkempen secara live di youtube. Mmg terhabur dengan dia berceramah pasal najib jumpa najib jumpa najib jumpa rosmah nak pinjam duit untuk 1mdb. Terus aku layan ceramah dia yg ade dalam youtube.