Ramadan merupakan bulan suci dalam kalendar Islam di mana seluruh umat Islam bukan sahaja perlu berpuasa lapar dan dahaga selain menahan diri dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah terutama di media sosial.
Terbaru, niat seorang pengguna Facebook cuba mendedahkan sikap segelintir Muslim yang membawa makanan dalam plastik hitam ketika bulan Ramadan dikecam kerana dilihat seolah-olah mempersendakan agama.
Memalukan agama dan bangsa!
"Benda (muat naik video) macam inilah salah satu faktor geng plastik hitam semakin merebak.
"Bahaya bergurau bila melibatkan agama," komen netizen.
Bagaimanapun, segelintir netizen tidak bersetuju dengan kecaman itu, sebaliknya menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai penyebaran kesedaran.
Kenapa kecam?
"Tak nampak pun macam mana benda ini boleh menggalakkan orang tak berpuasa?" soal netizen.
Berdasarkan ruangan komen, video berkenaan sebenarnya tidak habis dimuat naik.
Emcee Saufi, individu yang memuat naik video asal mendakwa ia sebenarnya video parodi untuk iklan Yusuf Taiyoob.
Foto: FB Siakap Keli/Emcee Saufi
Tonton sampai habis!
Baik atau tidak tindakan sebegini, terserah kepada anda untuk menilainya. - CARI |