Ramadan baru sahaja seminggu berlalu. Ada yang sudah jemu dengan Bazar Ramadan? Atau dah malas nak masak menu yang sama setiap hari?
Jika itu jawapan anda, ada Bufet Ramadan yang tidak harus dilepaskan, terutamanya mereka yang tinggal sekitar Shah Alam, memang sesuai sangat berbuka puasa di sana.
Bertempat di Laman Kayangan, ada lebih kurang 88 menu yang sangat menarik. Yang paling 'hot' mestilah kambing golek kemudian masakan kampung, laksa, sup, masakah Thai, aneka pencuci mulut dan pelbagai lagi masakan panas yang dihidangkan Catering Segi Seri Sdn Bhd.
Bertemakan Kembara Selera Memikat Jiwa di Buffet Ramadan di Laman Kayangan, memang anda perlu singgah juga ke lokasi yang menawarkan makanan hebat lagi sedap ini. Antara menu pemikat ialah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, Daging Damia, BBQ station dan pelbagai lagi yang kalau mata melihat semua rasa nak.
Selain makan yang super sedap, anda juga akan dihiburkan dengan alunan muzik Ghazal yang indah. Mesti rasanya terbuai-buai kan?
Dah kenyang makan, mesti nak bersolat Maghrib kan? Jom tengok kemudahan yang ada di sini iaitu surau, tandas dan parkir percuma. Jadi tak perlu tergopoh-gapah nak balik rumah lah pula ya. Habiskan masa berbual atau 'selfie' bersama rakan-rakan atau saudara mara ya.
Jadi, berapa harga buffet ni? Dewasa RM65 seorang dan kanak-kanak serta warga emas pula RM35 setiap orang. Untuk menempah bolehlah menghubungi nombor seperti yang tertera di dalam flyers di bawah.
Selamat membuat pilihan tempat berbuka puasa ya. - CARI |