View: 9451|Reply: 84
|
[Tempatan]
Siasatan 1MDB: Beg Bijan singkirkan populariti Hermes, Prada serta Channel
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 27 Jun - Majoriti wartawan serta jurukamera yang menghadiri sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pagi tadi tergelak besar apabila Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengumumkan antara beg berjenama mewah yang turut dirampas memiliki nama 'Bijan'.
Tambah melucukan, untuk mengelakkan berlaku salah penulisan dan ejaan dalam laporan berita, ada seorang wartawan daripada agensi media tempatan meminta Amar Singh untuk mengeja perkataan tersebut.
Berdasarkan carian di Google, Utusan Online mendapati jenama Bijan itu sebenarnya diasaskan oleh seorang ahli perniagaan bernama Pakzad Bijan yang menetap Los Angeles.
Ujar Amar Singh, lebih menambahkan kemewahan jenama beg tersebut, ia perlu ditempah jika mahu memilikinya kerana beg tersebut adalah dari jenis buatan sendiri (custom made) dan tiada dalam pasaran untuk jualan lambak.
Selain jenama Bijan, jenama popular seperti Hermes, Prada dan Channel turut ditemui dalam rampasan yang dilakukan ke atas kediaman Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dan ia sekali gus menjadikan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama berjaya disahkan.
Hal ini menjadikan nilai rampasan secara keseluruhan bagi tujuan siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) RM1.1 bilion termasuk barangan kemas dan wang tunai dan Amar Singh meminta orang ramai tidak membuat tohmahan buruk kepada pihak polis.
“Kami terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiasat kesemua barangan ini dengan melibatkan lebih 150 anggota termasuk pakar bagi mengesahkan keaslian dan ketulenan barang-barang yang ditemui,” katanya ketika berucap dalam sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Gambar 'nakal' mengenai beg berjenama Bijan dimuat naik netizen di media sosial.
Gambar 'nakal' mengenai beg berjenama Bijan dimuat naik netizen di media sosial.
Mengulas info lanjut tentang jenama Bijan di carian Google lagi, Bijan rupa-rupanya merupakan sebuah butik yang termahal di dunia dan pelanggan yang berkunjung ke kedai tersebut bukanlah calang-calang orang.
Antara pelanggan popular Bijan yang dapat dikenal pasti adalah terdiri daripada Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan serta Bill Clinton.
Raja Salman yang merupakan pemimpin Arab serta Tony Blair dan Vladimir Putin yang cukup terkenal dalam dunia politik turut menjadi pelanggan butik tersebut yang juga menyediakan koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi serta kasut. – UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Why design tak nampak mewah pun |
|
|
|
|
|
|
|
Bru tahu curlasttt bijan |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 27-6-2018 08:39 AM
Bru tahu curlasttt bijan
meanwhile najib mesti tgh gelakkan wartawan yg gelakkan brand bijan sebab tak tahu brand tu wujud.. hermes?? kak mah flip hair sajo gittuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijan mendunia sblm bijan mendunia |
|
|
|
|
|
|
|
btw, kemunculan brand ne lagi menampakkan kezuhudan kak mah bila kak mah pakai versace hari tu.. omg jatuh standrad sangat.. mcm sampah pula versace tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh trump tak mampu beli bijan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
najib dah jd designer brand ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni jenis carik apa beg, jam tangan, kasut paling mahal, itu yang dibelinya. Bila depa masuk jail, sila bagi balik beg & jam tangan tersebut pada depa. Banduan pun ada perasaan nak melawa jugak yea. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 27-6-2018 09:10 AM
Ni jenis carik apa beg, jam tangan, kasut paling mahal, itu yang dibelinya. Bila depa masuk jail, si ...
kalau nak melaram dlm jail, pastikanlah at least secantik mona fandey.. ne belum masuk jail lagi, melaram pun alahai.. kena kahak jah oleh kak mona.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal xnampak exclusive handbag Ni? Ala2 jual longgok Kat parkson je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kalau sebelum ni marhaen pakai beg tangan bijan ni pasti kena gelak besar jah walhal beg mahal nak mampos. Bijan patut berterima kasih pd najib sbb bgi free promotion pd jenama ni. Lepasni boleh la jutawan sengkek pprt tok bidah dan alepp shokeri berebut2 cari jenama bijan jua tpi x dilayan sebab whoryusss?? |
|
|
|
|
|
|
|
Beg srupa kotak, font Bijan tu pn huduh x kreatif....harapkn kulit buaya je jd mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
BIJAN...
Free marketing for BIJAN... tapi kalau tengok list customer BIJAN tu haaa tengok...
Antara pelanggan popular Bijan yang dapat dikenal pasti adalah terdiri daripada Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan serta Bill Clinton.
Raja Salman yang merupakan pemimpin Arab serta Tony Blair dan Vladimir Putin yang cukup terkenal dalam dunia politik turut menjadi pelanggan butik tersebut yang juga menyediakan koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi serta kasut. – UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Cina Mainland nak ciplak brand BIJAN ni....nanti mula la bersepah juat kat instagram...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cairel_azlie replied at 27-6-2018 05:56 PM
Bila Cina Mainland nak ciplak brand BIJAN ni....nanti mula la bersepah juat kat instagram...hahaha
nanti cikki2 kat ig buat hashtag #sayajualbegbijan #authenticbijan #bijanloqstaq #bijancheras #dropshipbijan |
|
|
|
|
|
|
| |
|