CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1875|Reply: 12

Tak Bagi Tangkap Suami, Wanita Serang Polis Dengan Pisau

[Copy link]
Post time 5-7-2018 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Wanita enggan memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menghalang suaminya daripada dibawa ke balai kerana disyaki mencuri kenderaan, kelmarin.


BH Online melaporkan, wanita berkenaan menyerang polis dengan pisau dalam kejadian jam 5 pagi itu, di sebuah unit kediaman di Penampang.








Sebelum itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bergegas ke lokasi bagi membuat pemeriksaan sebaik menerima maklumat berkaitan kes curi kenderaan.


Sebaik tiba di hadapan rumah itu, seorang wanita enggan memberi kerjasama dan tidak membenarkan anggota polis masuk untuk pemeriksaan, kata Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.


Wanita itu, bagaiamanapun membenarkan anggota masuk selepas 15 minit berunding dan polis mendapati suaminya bersembunyi di dalam almari.

"Wanita terbabit kemudian berlari ke dapur dan mengambil sebilah pisau untuk menyerang anggota polis, dipercayai bagi menghalang polis daripada menahan suaminya.

"olis cuba menghalang namun wanita itu namun dia mengugut mencederakan diri sendiri. Seorang anggota yang cuba menghalang dan merampas pisau cedera di ibu jari tangan kanan.

"Bagaimanapun, anggota polis kemudian berjaya menahan wanita berusia 34 tahun itu dan suaminya sebelum dibawa ke IPD Penampang," katanya.


Wanita itu ditahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik bukan kakmah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 01:57 PM | Show all posts
helok le dgn kau2 sekali masuk jel sbb menghalang tugas penjawat awam, mencederakan orang. harap2 takde anak lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami pencuri pun beria nak pertahankan, kan dah kena angkut dengan polis{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami x guna tu
Biaa msuk dalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 02:19 PM | Show all posts
isap dadah kot, jadi tk btul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
najib kena tangkap..bik mama releks n kool jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 02:59 PM | Show all posts
sayang tak bertempat nih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2018 07:39 AM | Show all posts
adui hai x pasal pasal ngan ko ko skali kena bwk... duk la balai kan... tu kalau polis tu x charge ko kira beruntung le... kalau x hadap le duk jail skali
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 08:51 AM | Show all posts
macam macam lah haiii..............
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
janji berlaki dari andartu atau janda..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
#asalberlaki rasa lah jail sekali dgn husband sebelah sebelah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 04:36 PM | Show all posts
syg laki tahap max!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.104702 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list