View: 1671|Reply: 10
|
Jururawat Racun 20 Pesakit Untuk Percepat Kematian
[Copy link]
|
|
Seorang jururawat di Jepun ditangkap kerana disyaki meracun hingga 20 pesakit supaya mereka meninggal dunia di luar waktu dia bertugas, lapor Mail Online.
Ayumi Kuboki, 31, didakwa meracun kesemua pesakit warga emas terbabit dengan menyuntik cairan antiseptik ke dalam titisan intravena (IV Drip) mereka di Hospital Oguchi pada 2016.
Ketika disoal siasat, Ayumi memberitahu polis bahawa dia hanya mempercepatkan kematian mereka supaya mereka meninggal dunia ketika jururawat lain bertugas.
Difahamkan, dia juga melakukannya kerana tidak mahu menyampaikan berita kematian itu kepada keluarga pesakit, lapor akhbar tempatan Asahi Shimbun.
Menurut laporan, jururawat di hospital berkenaan bertanggungjawab untuk menyampaikan berita kepada keluarga jika pesakit meninggal dunia ketika mereka bertugas.
"Tanggungjawab itu menyusahkan saya saja," katanya.
Polis melancarkan siasatan selepas seorang jururawat melihat terdapat buih di dalam beg titisan IV pesakit berusia 88 tahun, Nobuo Yamaki selepas dia meninggal dunia pada September 2016. Kandungan buih di dalam beg titisan IV bermaksud ia mungkin telah diganggu.
Pemeriksaan doktor mendapati kandungan cairan antiseptik yang pekat dalam darah Yamaki membuktikan kematiannya berpunca akibat diracun dan perkara sama berlaku kepada tiga lagi pesakit warga emas.
Foto: Mail Online
Apabila disiasat, polis menemui antiseptik di dalam uniform yang dipakai Ayumi. Sebaik ditahan, Ayumi mengakui dia membunuh 20 pesakit, tetapi mendakwa dia hanya mensasarkan pesakit yang tenat saja.
Polis, bagaimanapun meraguinya kerana ada di antara mangsa yang tidak tenat.
Ayumi berhenti kerja di hospital berkenaan sejurus sebelum dia disoal siasat pada Jun lalu dan ditahan pada 7 Julai. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Keje dia buat dia jadi mental
Camtu ke?{:thief |
|
|
|
|
|
|
|
banyak dah kes sama mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 dorang yg nk mati suruh nurse buat.. sbb dh tua tak ada keluarga... hidup pun tak guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapapun bpotensi jadi pembunuh zaman ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah pemalas sangat,
berhenti lah kerja..
menyusahkan orang aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Da macam horror movie lak |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti dpt idea kat internet ni.. i tau ada similar cases kat tmpt lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau hati tisu buat ape la jd nurse. Kan dah susah nk berdepan dgn family pesakit. Tapi ni alasan je kot. Sendiri mental lg nak kasi alasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|