"Suprise buat Cik B. Cik B nak Mustang untuk birthday dia, tapi saya bagi Merz dulu."
Untunglah menjadi anak Datuk Seri Vida, mintalah apa sahaja, pasti akan dipenuhi oleh ibunya.
Biarpun tidak mendapat kereta Mustang seperti yang diidamkan, namun kereta Mercedes-Benz CLS sebagai hadiah hari jadi Cik B atau Nur Edlynn Zamilee yang ke-13 sudah cukup mengujakan peminat-peminatnya.
Bagi Vida, tidak salah untuk menghadiahkan sesuatu yang mewah kerana dia mampu.
Sebanyak empat video dimuatkan di laman Instagram Vida semata-mata untuk menunjukkan kegembiraan Cik B yang memandu kereta tersebut ke gudangnya.
Biarpun Cik B masih belum mencapai usia 18 tahun sekaligus tidak boleh membuat lesen, Vida hanya membenarkan anaknya itu memandu di kawasan dekat sambil dipantau olehnya.
Rata-rata pengikut Dato Vida teruja dan tumpang gembira dengan hadiah tersebut.
Namun, ada juga mengingatkan bahayanya membawa kereta tanpa lesen. Maklumlah Dato Vida adalah 'public figure'. Jadi ramai mata yang memerhati serta bimbang juga jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
Mungkinkah hari jadi yang ke-14, Cik B akhirnya akan mendapat kereta Mustang pula? Kita nantikannya. - CARI
|