Kisah hitam yang pernah berlaku dalam keluarga seketika dulu telah banyak mengubah sisi hidup Norman Hakim dan Abby Abadi.
Pelbagai dugaan menimpa sebelum ini namun semua itu menjadi pengajaran dalam hidup mereka hinggalah masing-masing berjaya menemui kebahagiaan.
Foto: IG Norman Hakim
Kisah keluarga besar ini sentiasa menjadi inspirasi untuk mereka diluar sana terutamanya dalam didikan membesarkan anak-anak.
Anak sulung Norman dan Abby yang mengikuti pengajian di Turki selama 6 bulan akhirnya pulang ke tanah air.
Norman dan Abby bersama-sama menyambut kepulangan anak kesayangan mereka, Danish Hakim dengan penuh rasa gembira dan sebak. Terubat segala kerinduan mereka selama ini.
Mereka sekeluarga memakai baju sedondon dan membawa juadah raya untuk dinikmati bersama. Sempat juga akhirnya mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang masih berbaki beberapa hari lagi.
Hubungan keluarga ini sangat erat. Moga mereka sentiasa dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. - CARI
ingat norman & abby gi turki kenapa anaknya dari luar airport...ke norman & abby terlambat sampai..hihi...semalam nampak kat ig terharu i pun sampai menitis airmata...dapat rasa kerinduan seorang ayah pada anaknya..juga ibu & keluarga lain..
Post time 15-7-2018 03:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jurugambar tu sape yang ikut ambik video
Tapi memang kadang2 kaum bapak2 ni lebih sensitif dlm menzahirkan perasaan, bukan senang kaum bapak nak nangis rindukan anak melainkan rasa rindu dan bangga yg amat. Family dorang memang jenis rapat bagus untuk anak2 relationship macam ni.