CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2790|Reply: 13

5 Perkara Mengarut Yang Viral Di Malaysia Untuk Tahun 2018

[Copy link]
Post time 1-8-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Pelbagai perkara yang mengarut menjadi viral di Malaysia. Segala aksi bodoh mahupun gimik syarikat, pantas mendapat perhatian netizen lantas merebak di seluruh laman sosial.


Berikut adalah beberapa perkara yang penulis merasakan mengarut yang pernah atau masih menjadi viral di Malaysia baru-baru ini.

5. Gadis Shell



Sumber foto: Google


Bagaimana boleh menjadi viral satu Malaysia? Nampaknya penangan gadis ini bukan calang-calang. Namanya pernah meniti di bibir hampir seluruh rakyat Malaysia yang mengisi minyak di stesen Shell kerana ramai yang terkejut apabila melihat papan kertas yang memaparkan kelibat dirinya yang diletakkan bersebelahan dengan pam minyak.


4. Wanita Berkebaya Merah



Sumber foto: Google

Kecoh satu Malaysia apabila rakaman wanita berkebaya merah disebarkan melalui laman-laman sosial dan menyebabkan rakyat Malaysia ketakutan.


Ketakutan para netizen berakhir setelah akhirnya terbongkar rakaman tersebut adalah untuk mempromosikan filem Dukun lakonan Umie Aida.


3. Gadis Cendol



Sumber foto: Google

Gadis cendol ini menjadi pujaan budak-budak baru nak up di seluruh Malaysia, malahan ramai mat-mat motor yang berharap mendapat awek "gedik" sepertinya.


Keletah manja yang direkodkan teman lelaki beliau menjadi viral hanya kerana sifatnya yang dilihat terlalu mengada-ada kerana tidak dapat menikmati cendol di kala cuaca yang panas terik, menyebabkan tekaknya berasa lapar dan dahaga.


2. Sajat & Rakan-Rakan



Sumber foto: Google

Setiap apa saja tindakan dan keletah Sajat di Instagram mahupun Facebook, pasti jadi viral. Ini diikuti oleh teman seangkatannya seperti Riz Ulala, Safiey Ilyas, Alif Shukri dan sebagainya. Pelbagai aksi lucu, bebelan malah setiap tindak-tanduk mereka menjadi viral sama ada dalam bentuk pujian mahupun kecaman dari para netizen.


1. Keke Challenge


Sumber foto: Google

Sekarang pula kecoh di laman sosial apabila budak-budak baru nak up mahupun mereka yang sudah berumur tetapi masih tidak sedar diri, berlumba-lumba untuk menyahut cabaran Keke dan memuat naik video mereka di dalam Instagram mahupun Facebook. Cabaran yang mencabar mereka untuk menari-nari gedik di tepi kereta yang sedang bergerak menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia.


Penulis merasakan cabaran ini agak berbahaya apabila dilakukan di tepi jalan, apatah lagi direkodkan oleh mereka yang sedang memandu. Malah lebih membimbangkan sebahagian artis-artis Malaysia merupakan antara pelopor utama di dalam mempopularkan cabaran ini di Malaysia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
2018 belum lagi melabuhkan tirainya..lepas ini mungkin trend basuh toilet kot hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 03:37 PM | Show all posts
"Sajat dan rakan-rakan"

bila baca rasa macam bunyi Barney and friends, Didi dan kawan-kawan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 03:44 PM | Show all posts
gadis cendol plg tak boleh blah. bodoh betul sape dok viral dlu. lastly helok dia dpt job ribu riban
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cringe gila mat dengan gadis cendol. lepas dia viral pahtu masuk motip viral. berpusu2 bebudak nak nunjok kebodohan masing2. tengok je kat IG memacam peel masing2.

cringe weyyy. bagus mat layan kepop.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:51 PM | Show all posts
takleh faham kekechallenge... what do you gain by doing it? attention?!? that's it?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2018 04:54 PM | Show all posts
rasanya ade 4 bulan lagi.. entah2 ade lg benda lain nk viral.

so x perlu lg buat list ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 05:34 PM | Show all posts
Masih awal  nak list kan rasanya sebab masih ada empat bulan lagi sebelum 2018 melabuhkan tirai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gadis shell tu viral tahun ni ke..I ingatkan last year sebab macam dah lama jer..pape pon viral yg paling sangkak bagi I haruslah gadis cendol..like seriously?camni pon boleh viral..yg I lagi pelik siapa yg viralkan and macam mana boleh viral..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rsa sajat dgn geng2 dia nih antara viral bodoh dr bapok xguna yg plg celaka.. serius xbleh blahh n bosan ngn citer puak2 yg xmalu cmni.. aku rsa lahh mak bapak diorg nih yg ptut diviralkan sbb muka tebal giler sbb xamik port psl anak diorg yg mcm lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Keke challenge tu lama2 naik boring tgk
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
gadis cendol tu paling mengarut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai bbnu mcm kurang kasih sayang buat benda2 viral ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
muka gadis cendol terlebih blusher atau terhakis merkuri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.043883 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list