Produk kondom Durex 'Real Feel' bukan lateks yang telah memasuki pasaran Malaysia ditarik balik penjualannya.
MStar Online melaporkan, Durex Malaysia meminta mana-mana pengguna yang telah membeli produk itu untuk tidak menyimpan atau menggunakannya.
Susulan itu, Durex menggesa pengguna untuk menyemak nombor siri yang dicetak pada bungkusan produk yang terjejas iaitu 1000433144, 1000438055 dan 1000422259.
Kredit foto: Durex Malaysia
Durex Malaysia dalam satu pengumuman memaklumkan tiga kelompok produk itu tidak melepasi 'ujian daya ketahanan yang ketat'.
Bagaimanapun, bilangan kondom yang terjejas adalah terhad dan tidak mendatangkan bahaya segera kepada pengguna.
Orang ramai boleh hubungi Facebook @DurexMalaysia atau menghubungi Durex Consumer Careline di talian 1-800-888-839 untuk wang dikembalikan atau untuk sebarang pertanyaan. - CARI |