Rakyat Malaysia hari ini semakin ramai menceburkan diri dalam bidang perniagaan tidak kiralah sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran mahupun berniaga dalam talian.
Bagi menarik perhatian orang ramai, pelbagai promosi dan strategi pemasaran digunakan. Seiring perkembangan teknologi, masyarakat juga menjadi semakin kreatif dalam memromosikan perniagaan mereka.
Namun, sesetengah strategi pemasaran tidak boleh diterima kerana terlalu ekstrem dan tidak masuk dek akal seperti apa yang dilakukan peniaga ini!
Menerusi Facebooknya (FB), pemborong kosmetik ini memuat naik sebuah video memaparkan pelanggannya yang sporting kerana sanggup mencuba produk Green 35 yang diminum bersama cecair peluntur Clorox!
Individu berkenaan mendakwa Green 35 adalah kopi anti-kanser dan anti-racun.
Siapa yang perdajal makcik ni?
"Kesian makcik ni jadi kambing," komen netizen.
Justeru, pemilik FB berkenaan diselar netizen yang meyifatkan tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggadaikan kesihatan serta nyawa orang lain.
Ada tak produk untuk hilangkan bodoh?
"Kenapa bukan kau yang minum untuk testimoni?" kecam netizen.
Sementara itu, segelintir netizen tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana menganggap tindakan kedua-duanya sebagai kurang bijak.
Penjual dan pembeli sama-sama hauk
Kredit foto: FB Mohd Faiz Bin Ibrahim
Berikutan itu, orang ramai berharap agar pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Nak berniaga dengan kreatif itu sangat dialu-alukan, tetapi jangan sampai mempertaruhkan nyawa orang lain! - CARI |