Pemergian ikon penyiaran negara Datuk Mahadzir Lokman minggu lagu disifatkan satu kehilangan besar kepada industri penyiaran negara. Mahadzir, 61 tahun yang lebih dikenali sebagai 'Dato Dale' di kalangan sahabatnya meninggal dunia di sebuah hotel di Tanjung Aru, Sabah ketika sedang menunaikan solat subuh. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Bukit Kiara pada pagi Ahad , 5 Ogos.
Menurut adik perempuannya, Ida Lokman 57 tahun, Mahadzir sangat gembira ketika berangkat ke Sabah. 'Beliau menasihati saya supaya menjaga diri kerana hidup kita ini singkat' tambah Ida.
Kredit Foto: FB Francis Maluda
Pemergian Mahadzir juga turut dirasai oleh rakan-rakan lama beliau di Sabah. Francis Maluda, rakan lama Allahyarham yang juga seorang krew penyiaran telah memuatnaik sebuah video lama yang menunjukkan Dato Dale menyanyikan sebuah lagu Kadazan dalam sebuah rakaman majlis perkahwinan untuk siaran TV.
Kredit Video: FB Francis Maluda
Menurut Francis, rakaman itu dibuat sekitar tahun 1993 ketika beliau bertugas dengan TV3. Turut kelihatan dalam video itu ialah rakan pengacara Zalina Azman. Mahadzir Lokman dikatakan menarik tumpuan ramai kerana sangat fasih berbahasa Kadazan.
Malah pengantin wanita dalam rakaman itu, Esther Masula turut mengimbau kenangan manis ketika rakaman dengan Mahazdir dan kru TV3. "Saya kini sudah ada 3 orang anak; 14 , 12 dan 2 tahun dan video ini mengingatkan kenangan manis kami suami isteri," kata Esther dalam ruangan komen.
Foto Carian internet
Sesungguhnya kebolehan Mahadzir dalam pelbagai bahasa satu kemampuan yang tiada tolok bandingannya. - CARI |