"UMNO tidak perlu mempertahankan saya terhadap
fitnah yang dilempar terhadap saya."
Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang berharap beliau tidak terasa hati dengan komen dua pemimpin parti itu mengenainya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani menganggap Najib sebagai 'beban' dan menyatakan parti tidak akan bazirkan masa mempertahankannya.
Kredit foto: Reuters
"Melalui perbicaraan yang adil, saya yakin dapat mempertahankan diri saya.
"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan UMNO. Tidak adil untuk UMNO menanggung beban ini," tulisnya di Facebook.
Najib turut menegaskan dia berasa yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan ke atas dirinya.
"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya," ujarnya.
Beliau yang masih lagi Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen akan terus bersuara terhadap sebarang isu yang menjejaskan rakyat serta negara.
Kredit foto: FB Najib Razak
Najib, kelmarin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil haram berjumlah RM42 juta menerusi akaun peribadinya.
Najib boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - CARI |