CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11516|Reply: 21

Jangan Tertipu Dengan Udang Galah Viral RM1 - Nampak Segar Dengan Bahan Awet May

[Copy link]
Post time 13-8-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode




Udang galah viral

Kecoh betul ya udang galah viral yang berharga RM1 sahaja dijual di merata-rata tempat hatta di kaki lima. Wah! macam tak percaya boleh dapat dengan harga semurah itu kerana udang galah sememangnya mahal di pasaran dan jarang ada di pasar biasa.



Apa lagi, dengan harganya yang sangat mampu milik, ramailah yang membelinya untuk melepaskan kempunan makan udang 'mahal' ini. Isu timbul apabila ada yang sampai dimasukkan ke wad kerana mengalami keracunan makanan berpunca daripada udang galah viral ini.


Seorang netizen tampil menceritakan kisah yang agak meloyakan di sebalik persediaan udang galah dari Thailand di Twitter.



Kredit foto: Twitter





Rasanya isu ini sudah banyak kali dimainkan oleh media massa, iaitu larutan formalin yang digunakan untuk mengawet mayat turut digunakan pada makanan laut. Sejauh mana ia mempengaruhi hasil laut ini?





Formalin sebenarnya digunakan untuk mengawet mayat.







"Hati-hati dengan hasil laut dari Thailand"



Foto : Facebook




Menurut netizen ini lagi, formalin yang tinggi dalam badan akan menyebabkan segelintir individu mengalami alergi hingga menimbulkan ruam dan sebagainya. Info tersebut diperolehnya di dalam kursus AVA Singapura serta melalui pembelajaran di Ranong, Thailand.



Masalahnya, betul ke alergik disebabkan udang tersebut?





Gambar yang diambil di Jeti Ranong Thailand memaparkan air berwarna kelabu dan tiada darah. Ia disebabkan 1%-2% campuran formalin bersama air laut



"Cara tradisional menghilangkan formalin ialah merendam hasil laut ke dalam larutan garam. Bagaimanapun belum ada kajian mengenainya."



Ini pula pesanan nelayan yang telah berkecimpung puluhan tahun dalam industri perikanan ini.









Nampaknya Jabatan Perikanan juga prihatin dengan isu ini.









Kredit foto: Twitter




"Habis, nak makan apa yang selamat ni?"







Mesti ramai yang terkesan dengan pendedahan ini serta dalam dilema untuk mempercayainya. Mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak begitu peka dengan bahayannya hasil laut  dari Thailand ini. Apa pun, berhati-hati lah ketika membeli sebarang produk dari pasaran, cari maklumat terlebih dahulu sebelum bahaya masuk ke badan anda. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 12:13 PM | Show all posts
dah agak mesti ada yg tak kena bila blh dapat udang galah rm1 seekor..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 12:25 PM | Show all posts
dah dua kali aku beli udang galah RM1.00 ni.
Masak dgn sambal petai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpenah beli..tok laki xkasi..
Murah sgt..takut udang busuk katanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 01:00 PM | Show all posts
yg mahal2 tu confirm ke takde pengawet?
jual mahal salah, jual murah pun salah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 01:33 PM | Show all posts
patut la berlambak jual.. kat parking rumah iols ada org jual..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar udang galah yang first tu, pergh, macam fresh je udangnya, dengan sepit biru terang and besar2...

Macamana la orang tak beli, murah kot. Tapi tu lah, bila benda yang harganya biasa mahal, tetiba jatuh merudum ke rm1, memang perlu ada kecurigaan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yang mengidam, hati-hati ya. Cukuplah makan seekor dua buat hilangkan keinginan. Kita yang tak mengandung ini pun teringin nak mencuba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 02:12 PM | Show all posts
Mengundang syak wasangka betul jual udang galah RM1.00.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 02:15 PM | Show all posts
bukan yg jual murah ni yg bela ke?

btw udang2 apa2 pun kalau korg masak tak buang taik dia kat badan dan korek buang segala benda dlm kepala dia mmg blh kena penyakit2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 02:58 PM | Show all posts
aku dah beli masak lomak cili api + tempoyak...mujur x masuk spital....heeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 04:12 PM | Show all posts
kementerian kesehatan ada keluarkan statement tak pasal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 04:17 PM | Show all posts
Tak pernah lagi beli dari yang jual tepi jalan macam tu.  Selalu terus beli kat pasar basah je kalau teringin nak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 04:35 PM | Show all posts
ada yang bagitau murah ni sbb udang kolam. stail bagi makan dedak
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 07:42 PM | Show all posts
alih2 babi jugak terbabit sekali...apalah salah babi. mahal ker murah ker dari thai ker tempatan ker itz all the same ttp ada kemikal...nak yg fresh, tangkap sendiri tp tu pon belum tentu takdak kemikal hokey
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je jual kat area aku.. x teringin pun nak beli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 10:11 AM | Show all posts
aku beli la rm5 yang dekat tepi petronas tesco ampang tu sebab dah alang2 berhenti.
alahai..sebesar jari kelingking je pun. ni ke yang jadi viralnya tu?
balik beli udang dalam tesco rm29.90/kg tu, tentu juga la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:27 AM | Show all posts
vegetarian, selamat tak?

sayur tanam sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 01:33 PM | Show all posts
to good to be true?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 02:22 PM | Show all posts
x pernah jumpa pun udang galah harga ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.408848 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list