Kredit foto: FB Siti Kasim/ScoopWhoop
Momo Challenge adalah satu permainan atau cabaran yang tular di media sosial melalui Whatsapp. Karakter Momo Challenge menggunakan gambar wanita berambut panjang dan berwarna hitam dengan wajah seram serta mata yang terbeliak itu adalah hasil karya seorang seniman di Jepun.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati karakter yang dihasilkan seniman Jepun ini tidak mempunyai kaitan dengan applikasi bunuh diri Momo Challenge itu.
Di Jepun, patung Momo ini ada dipamerkan di Vanilla Art Gallery. Pereka asal patung tersebut bernama Modori Hayashi daripada syarikat Link Factory.
Dikatakan, Momo mempunyai nombor telefon yang boleh dihubungi di applikasi Whatsapp pada jam 3 pagi dan Momo akan membalas mesej dengan memberikan cabaran yang MESTI dilaksanakan.
Selain itu, terdapat juga pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaku diri mereka sebagai Momo dan meminta maklumat peribadi termasuk menghantar gambar dan video.
Di Argentina, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah membunuh diri di perkarangan rumahnya dan hasil siasatan mendapati mangsa bermain Momo Challenge sebelum kematiannya.
Di Malaysia, terdapat netizen yang cuba menghubungi nombor Momo dan menyiarkan di media sosial. Apa yang menarik perhatian adalah, kali ini Momo yang menerima permintaan daripada pemainnya.
Namun, tiada sebarang balasan diberikan Momo. Apapun, semoga semua netizen berhati-hati membalas mesej dengan nombor yang tidak dikenali terutama dengan lambakan sindiket scammer yang semakin berleluasa hari ini. - CARI |