View: 4413|Reply: 5
|
Jamu 'Saka' Makan Di Dua Recipe, Lauk Penuh Atas Meja Memang Puas Hati!
[Copy link]
|
|
Ada orang suka makan nasi dengan pelbagai jenis lauk baru rasa puas makan. Ada juga yang tak suka makan banyak dan cukuplah dengan lauk yang ala kadar sahaja.
Foto:Facebook
Bagi anda yang suka banyak lauk dan resipi untuk puaskan nafsu makan, sebenarnya anda hanya perlukan Dua Recipe!
Ya, Dua Recipe sebenarnya merupakan sebuah kedai makan yang terletak di Taman Saujana, Johor Bahru.
Foto:Facebook
Ada pelbagai menu yang anda boleh cuba di sini. Antara yang dicadangkan ialah Asam Pedas Telur Mayong, Siakap Goreng Garam dan Daging Salai Cili Padi.
Kalau selera nak makanan barat, pun ada di sini!
Foto:Facebook
Meleleh air liur baca nama menu, apatah lagi melihat gambar-gambar sajian yang dipaparkan.
Kalau anda dah berada di Johor Bharu, tak perlu fikir lagi. Pergi saja ke Dua Recipe.
Foto:Facebook
Bawa kawan-kawan dan kaum keluarga sekali okay! Suasana kedai makan ini tentulah selesa.
Jadi sekali-sekala kalau rasa nak makan luar, berkunjunglah ke Dua Recipe!
Lokasi: Taman Saujana, 81100 Johor Bharu
WAZE: Dua Recipe
Makan tengah hari: 11:30AM - 3:30PM
Makan Malam: 6:00PM -12:00AM
Hubungi: 012 994 9061 untuk maklumat lanjut
Tunggu apa lagi, jom pergi sekarang! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk hahaha tergelak baca |
|
|
|
|
|
|
|
sengal |
|
|
|
|
|
|
|
nak kena bawak girlfriend yg kuat makan baru puas hati. sama2 melantak like there's no tomorrow.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siakap goreng tu dh mcm garing benor |
|
|
|
|
|
|
|
Saspen sikit baca tajuk. Tapi nampak sedap lauk2 dia nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|