Nampaknya selebriti Nazim Othman semakin menjadi perhatian semenjak penceraiannya dengan Bella Dally. Masakan tidak, imej dan penampilannya sejak kebelakangan ini dilihat semakin feminin sehingga ada yang menggelarnya lelaki lembut.
Semalam, peminat sekali terkeliru dan menyangkakan Nazim seorang perempuan melalui foto yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram.
Menerusi foto tersebut, Nazim dilihat mengenakan solekan serta memakai 'top fringe' panjang berwarna putih yang membuatkan dia kelihatan seperti seorang wanita.
Rata-rata ramai yang menyangka dia seorang wanita dan ada juga yang mengatakan baju tersebut kelihatan seperti alas meja.
Dah macam perempuan dah..
Foto : Fb Nazim Othman
Ingatkan lapik meja..
Foto : Instagram Nazim Othman
Agaknya disebabkan badan Nazim yang sedikit kurus menyebabkan dia kelihatan seperti perempuan. Tambahan pula penampilan terkini Nazim sememangnya agak feminin atau seperti kebanyakan artis lelaki Korea, K-pop! -CARI |