Akibat cemburu, seorang wanita berusia 36 tahun tergamak membunuh kejam anak tirinya.
Wanita bersama empat yang lain dipercayai bersekongkol untuk merogol dan membunuh kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut.
Laporan media tempatan menyatakan, mayat kanak-kanak tersebut ditemui kira-kira satu kilometer dari kediamannya di wilayah Baramulla, Kashmir.
Pihak polis berkata wanita tersebut cemburu dengan mangsa yang merupakan anak kepada isteri kedua suaminya.
Bapa kanak-kanak tersebut telah membuat laporan kehilangan anaknya sejak 12 hari lepas.
Menurut laporan, pada 24 Ogos lalu, suspek membawa mangsa masuk ke dalam hutan.
Foto: myrepublica.nagariknetwork.com
Anak lelakinya yang berusia 14 tahun dan dua remaja lain berusia 14 dan 19 tahun diarahkan untuk merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Mangsa kemudiannya dijerut di leher dan kepalanya dipukul dengan kapak.
Seorang lagi rakan anaknya menyimbah asid bateri kenderaan ke atas mayatnya dan seorang lagi bertindak mengorek biji mata mangsa sebelum mayatnya dibuang ke dalam semak.
Superintendan Imtiyaz Hussain berkata kesemua remaja itu mengaku bersalah melakukan jenayah kejam tersebut.
"Mereka akan dihantar ke rumah juvana dan diuruskan mengikut undang-undang juvana negara ini," tambahnya. -CARI |