Selepas dua tahun tertangguh penggambarannya, filem 'One Two Jaga' sentuhan pelakon Bront Palarae sebagai penerbit dan Namron pula bertindak sebagai pengarah dan pelakon kini akhirnya muncul di pawagam seluruh Malaysia.
Biarpun tanpa promosi yang gah seperti filem-filem terdahulu namun filem aksi ini sebenarnya ditunggu-tunggu oleh ramai kaki wayang setelah ia juga menang di pertandingan Southeast Asian Film Financing (SAFF2015) di Singapura. Sementelah lagi ceritanya yang dikatakan dekat dengan dunia sebenar serta penampilan pelakon berkarektor membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menyaksikannya.
Namun, Namron dalam status terbaharunya menyindir peminat filem Melayu yang kononnya tidak sabar menyaksikan filem ini sebenarnya hanyalah manis mulut sahaja. Buktinya, sejak ditayangkan semalam (6 Sept 2018), pawagam kosong tanpa penonton membuatkan dia berkecil hati dan akhirnya menyindir rakyat Malaysia bahawa dia akan membuat cerita lucah jika One Two Jaga ini gagal menarik perhatian penonton.
Kredit foto: Twitter
Secara bersahaja Namron menjelaskan yang dia akan membuat filem porno jika itu yang orang Malaysia mahukan. Maklumlah bikin filem ringan hingga seisi keluarga boleh tengok pun, masih tak ramai yang menontonnya.
Namun, majoriti kaki wayang menyatakan tayangan yang bermula pada hari khamis adalah hari kerja, pasti pawagam masih kosong kerana ramai yang bekerja. Tetapi ramai juga yang berjanji untuk menontonnya pada waktu malam selepas pulang dari kerja.
Foto : Twitter
Lebih mengharukan, penyanyi bersuara lantang, Shila Amzah turut memberi sokongan.
"Kalau buat porn, siapa pelakon yang sesuai? Pastikan Melayu ya."
Warga Twitter sangat sarkastik ketika membuat komen, melucukan juga ya.
Bagaimanapun, ada netizen yang mengaitkan waktu tayangan yang sama dengan filem Nun antara punca kurang orang menonton filem tersebut.
Namun, ada netizen yang memberi pandangan bahawa mereka mahu menontonnya tetapi tidak dapat kerana panggung wayang di tempat mereka tidak menayangkan filem ini.
Filem One Two Jaga ini baru sahaja ditayangkan, jadi masih terlalu awal untuk menentukan sama ada ia box office atau pun tidak. Namun, ada bagusnya juga Namron 'menyergah' kaki wayang dengan teguran sebegini, sekurang-kurangnya penonton akan berasa diri mereka penting bagi memajukan industri filem negara. Jadi, anda pula bagaimana? Bila nak tonton filem aksi ini? - CARI
|