View: 16192|Reply: 144
|
FB Live ! Syarikat insurans enggan bayar claim. Bulanan potong RM400. 108,000 vi
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Tidak dinafikan perlindungan insurans atau takaful penting dan bersifat sebagai penyelamat kepada pelanggan apabila ditimpa musibah termasuk penyakit atau kemalangan di kemudian hari.
Wang insurans yang dilaburkan secara bulanan itu melindungi pelanggan daripada terpaksa menanggung kos rawatan perubatan yang melambung tinggi.
Namun, video seorang usahawan farmaseutikal berstatus Datuk meluahkan kekesalannya selepas membeli insurans yang ditawarkan sebuah syarikat tular di Facebook apabila mendakwa syarikat terbabit enggan membayar bil perubatan hospitalnya yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Pengarah Urusan Dzr Pharma Sdn. Bhd, Datuk Zulkifly Mohamad menerusi rakaman Facebook Live pada Isnin mendakwa, syarikat insurans tersebut enggan melangsaikan bil perubatannya dengan alasan beliau mempunyai sejarah penyakit batu karang sebelum mendapatkan kad perubatan takaful pada April 2014.
Bagaimanapun, Zulkifly menjelaskan bahawa beliau telah memaklumkan mengenai penyakitnya itu kepada ejen insurans syarikat berkenaan, namun pihak syarikat tidak memintanya membuat pemeriksaan kesihatan sebelum meneruskan dengan proses pendaftaran kad tersebut.
"Setiap bulan, akaun bank dipotong lebih kurang RM400 ... tidak pernah gagal.
"Tapi syarikat insurans telah dua kali berlaku masalah begini (tidak menanggung kos perubatan). Tuan-tuan beringat, pilihlah syarikat insurans lain," katanya pada rakaman tersebut.
Setakat ini, video Facebook Live beliau sudah ditonton lebih 108,000 kali dan mendapat lebih 4,300 perkongsian.
Jelas Zulkifly, beliau masih mengalami penyakit batu karang walaupun selepas mengambil insurans tersebut dari 2014 hingga 2018.
Anggaran kasar yang dibuat mStar Online mendapati jumlah bayaran terkumpul oleh Zulkifly adalah sekitar RM21,600 bagi caruman selama 54 bulan.
"Tuntutan saya sebanyak RM26,000 di sebuah hospital swasta (awal 2018) di Sungai Petani ditolak kerana kes saya sebelum ini masih dalam siasatan... kerana sebelum 2014, saya pernah kena batu karang.
"Jadi, saya bayar kos RM26,000 itu, nasib baik saya ada simpan duit sedikit," katanya yang mendakwa sudah berkali-kali memaklumkan tentang sejarah penyakitnya kepada ejen insurans berkenaan.
Kekesalan beliau memuncak apabila terpaksa dimasukkan ke hospital sekali lagi akibat serangan jantung, namun masih menerima alasan sama daripada pihak syarikat insurans terbabit.
Dakwa Zulkifly, tuntutannya tidak diluluskan kerana siasatan bagi kes pertama yang melibatkan penyakit batu karang belum selesai.
"Saya tanya pegawai mereka, untuk apa saya bayar RM400? Potong untuk apa? Baik saya sedekah kepada anak yatim atau orang miskin daripada bagi kepada kamu setiap bulan.
"Ketika saya di hospital, orang lain memang ramai merungut benda yang sama pasal satu syarikat insurans ini," luah Zulkifly.
Tambah usahawan tersebut, beliau bernasib baik kerana masih mampu membayar segala kos perubatan tersebut, namun bersimpati dengan nasib mereka yang tidak mempunyai simpanan mencukupi apabila diserang penyakit kritikal. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama syarikat insurans tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ala bagitau la insuran cap apa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Prudential ka?
Dedolu anak.iols sorang neh prudential
Tp so far ok.saja lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ada sejarah sakit,x payah amik insurans,rugi je bayar mcm bg duit free je,syarikat samada peringkat awal akan tolak terus atau mcm kes ni,terima bayaran tapi bila nak claim x dapat...kalu sihat walafiat elok la amik,tapi payment jgn lambat,satu bulan lambat pun x leh claim insurans |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada sejarah penyakit mana2 insurans pun tak akan cover kalau penyakit tu berulang melainkan polisi ckp cover |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin budak ni x pernah baca pasal pre existing illness kot .... semua syarikat insurans ada klausa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kaya tapi bodoh inilah iya sis...kontrak dulu ko buat bunkus kacang butir la kan. Sebab kaya konsepnya.
So far guna prudential ok jah..antara yang terbaik..yang so call yislemic tu smua renyah susah nk mintak claim. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua dan ada terminal illnesses kalau insurer kaut jugak memang persis flush duit dlm jamban jah sis. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau begini tak perlulah insuran2 perubatan ini. bagi duit bulan2 punyalah mahal tapi rawatan bersyarat. kalau sikit ok lah ini 400 sebulan. Labur sendiri duit tu. bila sakit boleh pakai untuk bayar rawatan seniri, tak perlu orang lain urus duit, sebab bottomlinenya bisnes, orang akan guna segala peluang yg ada, segala kelemahan kita, segala loophole, segala perkara kabur untuk elak bayar..
mesti ada masalah dengan agen tu tak terangkan betul2. bila dia kata dia dah jelaskan kpd agen tentang penyakitnya. agen itu sepatutnya dah terangkan dengan jelas sekali sejauh mana insuran akan cover, kalau tak cover kata betul2 tak cover, jgn main pusing sampai kabur, sampai orang awam jd keliru.. aku rasa dia ambil insuran itu sebab dia ingat penyakit asalnya akan dicover.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa serangan jantung tu tak cover. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya...ni mesti sama ada kau x declare atau agent yg x declare sakit batu krg. FYI, sakit batu karang ni antara oenyajit yg x di cover dlm tempoh 120 hari dr tarikh polisi inforce x silap. Sbb batu tu kan amik masa nak terbentuk.
Lagi satu, kene la faham konseo pre existing illness bla2 tu. Kau sendiri malas nak fahamkan lepas tu kondem n virakan. Choii...
Meols penah lah keje kompeni insurans 5 taun dulu, mmg byk kali jumpa perangai mcm ni. Yiihhhhh...sendiri malas baca n fahamkan sebelum beli. Mostly agen mmg jujur n faham pro n cons dalam law insurance. Agitewwww...meols pun dah lupa tnc dlm bidang insurans ni. Since meols yang jadi underwriter kat kompeni ittew, si meols selalulah jumpa kes2 yang itu ini tak lengkap, lepas tu x reti nak resubmit. Ujung2 time claim gelabah hanjeng blame kompeni ins, padehal dia sendiri yang bimbo uols...#donekecam |
|
|
|
|
|
|
|
Ak ni pun beli insurans sbb tlg org yg jual tu, sendiri pun x fhm insurans ape. Myb ak amek medical card kot instead of life insurance. Tiap2 bulan autodebit kad kredit. Xtaw la berguna ke x nnti. Padahal co.ada je bg medical card jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
i mmg x percaya insurans2 ni
Lagipun i mmg berpenyakit kronik tggu mati
So no point bazir duit hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Keje gomen senang, atau kawen ngan org gomen atau anak gomen. Sakit masuk ppum free aje. |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa replied at 11-9-2018 06:15 PM
i mmg x percaya insurans2 ni
Lagipun i mmg berpenyakit kronik tggu mati
So no point bazir duit ...
Uols.sakit apa.kaka? |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 11-9-2018 05:40 PM
Orang tua dan ada terminal illnesses kalau insurer kaut jugak memang persis flush duit dlm jamban j ...
sis baca la dulu.., tu serangan jantung tu tak cover....
dan agen insuran tu sembang kencang |
|
|
|
|
|
|
|
Prudential ni memang suka cerita besar, tapi nan hado.. konon kover juta.. aku dah tutup prudential aku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|