Foto Carian internet
Hi Pencinta kucing.
Kebiasaannya pencinta-pencinta kucing akan tahu signal kucing melalui pergerakan ekornya dan sebagainya. Namun tahukah anda, kucing juga pandai berkomunikasi dan faham bahasa manusia?
Kucing juga mempunyai naluri yang sangat kuat kepada tuannya. Apabila kerap kita berkata-kata padanya atau bercakap kepadanya pelbagai tindak balas akan diberikan darinya seperti mengedipkan mata dan sebagainya, itu maknanya dia faham.
Perasan tak anda? ada juga kucing yang sibuk menjengah keluar pintu rumah atau tingkap apabila mendengar sesuatu yang berada di luar.
Senang kata kucing juga ada yang makcik atau pakcik bawang ya. Nak tahu kucing anda kuat bercakap? senang sahaja...
Tuannya kuat bercakap, kucingnya turut kuat bercakap.
Perasan tak bila kita bercakap padanya tiba-tiba dia balas bercakap (bahasanya) dalam tempoh yang lama atau adakalanya dia seperti merungut atau mengadu pada kita seolah-olah dia cuba mengekspresikan perasaannya.
Foto Hauterfly
Bila kucing anda ngeow-ngeow, kita sangkakan dia lapar dan kita pun berilah makan kepadanya, tapi dia tetap ngeow-ngeow juga sebenarnya itu tandanya kucing anda ajak berbual. Jadi berbual sahaja lah seperti anda faham bahasanya.
Jika anda seorang yang kuat membebel, barangkali kucing anda juga kuat membebel. #sayangkucing - CARI
|