|
Hampir 13 jam diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan ceria ketika keluar dari perkarangan bangunan itu.
Kredit foto: BH Online
“Syukur, saya okey. Alhamdulillah,” kata isteri mantan Perdana Menteri itu ketika menjawab ringkas soalan petugas media, lapor BH Online.
Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sesi ambil keterangan yang berlanjutan hampir 13 jam sejak hadir ke Ibu Pejabat SPRM jam 9.50 pagi semalam.
“Datin Seri (Rosmah) sudah selesai memberi keterangan kepada SPRM.
“Saya tidak berhasrat untuk beri apa-apa kenyataan,” kata Datuk K Kumaraendran, peguam Rosmah.
Kredit foto: NSTP
Selain diambil keterangannya berhubung skandal dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank Najib, kehadiran Rosmah adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atasnya berkaitan lebih 20 pertuduhan jenayah membabitkan kes pengubahan wang haram.
Terdahulu, Rosmah dipanggil ke SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd pada 5 Jun. - CARI |
|