Pelakon dan model, Ammar Alfian semalam berkongsi perasaan gembiranya apabila mendapat penghargaan daripada Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ untuk lakonannya dalam filem Paskal The Movie.
Ammar yang telah memuat naik paparan skrin perbualannya bersama TMJ tersebut menyatakan perasaan gembiranya apabila hasil kerjanya mendapat penghargaan daripada TMJ. Wah, bertuah badan!
"Beta gembira melihat anak kelahiran Johor yang melakukan yang terbaik dalam hidup mereka dan mengejar impian mereka dalam hidup," merupakan antara kata-kata manis yang diucapkan oleh baginda kepada Ammar.
Posting Ammar tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Ammar atas lakonan mantapnya dalam filem Paskal The Movie.
Foto : Instagram Ammar Alfian
Lakonan mantap, memang terbaik!
Foto: Instagram Ammar Alfian
Filem aksi arahan Adrian Teh itu merupakan terbitan Spectrum Films dan Asia Tropical Films yang turut dibintangi oleh pelakon Hairul Azreen dan Gambit Saifullah, yang mengisahkan tentang kehidupan Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang merupakan pasukan elit dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Foto : Kosmo
Apa pun tahniah diucapkan kepada semua warga kerja dan para pelakon yang berjaya menjayakan filem Paskal The Movie. -CARI |