Semalam, satu kejadian tembak-menembak berlaku di kawasan berhampiran Pratunam Market di belakang pusat membeli belah Watergate Pavillon iaitu salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Bangkok, Thailand.
Memetik laporan The Straits Times, terdapat dua pelancong terkena tembakan dan lima orang lagi mengalami kecederaan parah.
Kredit foto:www.worldofbuzz.com
Kredit foto: www.worldjournal.com
Kredit foto:www.worldofbuzz.com
Jurucakap polis memaklumkan, insiden itu berlaku pada waktu kira-kira 8.30 malam, ketika itu sekumpulan pelancong sedang menunggu bas untuk balik ke hotel setelah habis menjamu selera.
Tiba-tiba berlaku kejadian tembak-menembak tidak jauh dari tempat pelancong terbabit menunggu bas sekaligus menyebabkan dua warga Thailand dan dua pelancong dari India serta seorang pelancong Kemboja terkena tembakan peluru sesat.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk diselamatkan.
Kredit foto:www.worldofbuzz.com
Namun malangnya pelancong dari India, Gakhrejr Dheeraj dan pelancong dari Loas Keovongsa Thonekeo gagal diselamatkan.
Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan gangster ketika bermain snooker seterusnya berlaku tembakan di tempat meletak kereta.
Suspek sedang dijejaki pihak polis menerusi penelitian kamera litar tertutup CCTV yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut.
Siasatan sedang giat dijalankan dan identiti penembak masih belum dikenalpasti.- CARI
kalau mangsa2 tu ikut procedure konfirm tak maut dan cedera parah...habaq penduboq etis kepada saya...saya sampaikan aja....masa tengah takut terkejut pun kena ikut procedure...tau...wakakakkakaka